Thursday 22 May 2014

KUMPULAN SKOUTZ1134 JUARA PERTANDINGAN BAKAT BELIA ANJURAN YMM



Written by Admin
Thursday May 22.2014

OLEH: AZMIE AZMAN
FOTO: YMM STAFF


SANDAKAN:- Pertandingan Bakat Belia kali ke 4 peringkat Daerah Sandakan yang dilangsungkan di Harbour Mall pusat Bandar i baru-baru ni mendapat sambutan diluar jangkaan dari belia-belia setempat.

Program  itu telah mendapat perhatian lebih 1000 orang telah menyaksikan  dan dalam  pertandingan pesaing sengit itu di mana kumpulan Skoutz1134 telah dinobatkan sebagai juara Bakat Belia kali ke 4 dengan mengondol wang tunai sebanyak RM800.00 dan sebuah piala

Pertandingan seumpama  itu  anjuran  Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Cawagan Sandakan telah diadakan 4 tahun berturut-turut  dengan tujuan untuk memupuk semangat disamping mencungkil bakat belia sebagai satu flatfrom kepada golongan belia untuk menunjukkan bakat serta  merealisasikan impian mereka

Pertandingan bagi kali ini telah menarik sebanyak 28 kumpulan dan individu belia berkaum Cina dan Melayu untuk menyertai. Antara bakat yang ditunjukkan pada malam tersebut termasuk nyanyian, tarian, akrobatik dan alat-alat muzik.

Persembahan mereka yang unik dan menarik ini telah memenangi tepukan dan sorakan daripada para penonton. Di samping itu, para juri juga merasa kagum dan berpuasan atas persembahan mantap daripada mereka. 

Tarian yang dipersembahkan  oleh Kumpulan Skoutz1134 yang penuh kreativiti serta inovatif berjaya memikat hati para juri menjadi Johan pada petang tersebu

Dalam pada itu Naib johan dimenangi oleh Helectron Dansama dan wang tunai sebanyak lima ratus ringgit. Tempat ketiga dimenangi oleh individu Ho Chun Long dan wang tunai sebanyak tiga ratus ringgit. 

Selain itu, lima saguhati dimenangi oleh Star Remix, Number 2, J & D, Miracle Beauty dan Blueberry. 

Penasihat YMM Sandakan Kwek Shee Liang  telah menyempirnahkan program tersebut

Para tetamu yang turut hadir antaranya ialah penaja utama wakil Harbour Mall Sandakan Encik Andrew, pengerusi kehormat Encik Chong Hon Min, pengerusi YMM Sandakan Ong Chih Qun, timbalan pengerusi Chin Choe kuin, dan Naib Pengerusi Gwee Lee Ying, Lee Yee Ling dan pengerusi penganjur Wong Dek Hein.
 
Ketiga-tiga pemenang utama akan mewakili Sandakan untuk menyertai Pertandingan Bakat Belia peringkat Negeri pada 07 June 2014 yang akan berlangsung di Harbour Mall Sandakan. Dengan ini, pihak YMM Sandakan berharap agar wakil Sandakan membuat persembahan terbaik dan mendapat anugerah tertinggi dalam pertandingan akan datang nanti.

Selain itu, YMM Sandakan ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sumbangan iaitu Harbour Mall Sandakan dan K2 Life Water Industrial Sdn Bhd.






No comments:

Post a Comment