Saturday, 10 May 2014

GURU HARUS MEMPUNYAI ITIZAM YANG TINGGI DALAM MELAKSANAKAN TUGAS HARIAN......NORAINI SULONG


 

Written by Admin
Saturday May  10.2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI




SANDAKAN:- Guru hari ini telah berhadapan dengan pelbagai cabaran, guru juga merupakan jentera penggerak utama yang berperanan menyahut segala cabaran pendidikan dalam era globalisasi ini.

Dalam pada itu guru perlulah mempunyai  itizam yang tinggi   dalam menjalankan tugas  dengan didikasi, guru juga perlu berorientasi maklumat, dengan  kata lain guru-guru bersungguh-sungguh mengejar maklumat baru yang berkaitan  dengan pendidikan serta isu-isu semasa  kerana aspek ini  berkepentingan  untuk diri sendiri  dan juga anak murid.
Justeru  itu guru yang berinovasi, berani   berhadapan  dengan reformasi pendidikan  dan fleksible  adalah guru  yang berjaya melahirkan modal insan kelas  pertama.

“Saya  yakin dengan ciri-ciri yang sebegini guru yang saya jelaskan  tadi ada di hadapan saya mereka adalah golongan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengiran Galp-am yang mempunyai kesu7ngguhan untuk memartabatkan profesion perguran.”
  
Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan Noraini Sulong berkata demikian ketika berucap merasmikan  Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) SMK Pengiran Galpan 2014 yang dilansungian di Dewan sekolah berkenaan pagi tadi.

“Dalam hal ini saya ingin berkongsi pengalaman untuk renungan kita bersama”

“Sesorang guru/pendidik/pemimpin dituntut bersifat ikhlas dalam segala tindakan dan perbuatannya. Pemimpin dipantangkan bersifat berpura-pura, kalau pemimpin tidak ikhlas banyak niat yang terkandas.

Noraini berkata lagi salah satu  nilai aspirasi dalam penerapan “Satu Malaysia” ialah budaya inovasi dan budaya ilmu, oleh yang demikian kesediaan  rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa juga lapangan  yang diceburi perlu dititikberatkan.
 
Selanjutnya Noraini mengucapkan terima kasih kepada pihak PIBG SMK Pengiran Galpan kerana sudi menjemputnya untuk menyempurnakan Mesyuarat Agung PIBG sekolah berkenaan.

Tiga orang pelajar terbaik sekolah tersebut masing-masing menerima vaucer daripada pihak PIBG SMK Pengiran Galpan yang disampaikan sendiri oleh Noraini dan disaksikan oleh Pengetua SMK Pengiran Galpam  Hussien Abdul Manaf dan Yang DiPertua PIBG Francis Indanan.


No comments:

Post a Comment