Sunday 11 May 2014

AHLI-AHLI DAP SANDAKAN HARUS BEKERJASAMA SATU SAMA LAIN.....SARAN WONG



Written by Admin
Sunday 11  May 2014
  
OLEH: SAIMON  S JUMADI

FOTO: SAFFIE S JUMADI





SANDAKAN:- Empat buah cawangan DAP yang melibatkan  Cawangan  Singapore Street, Cawangan  Kim Fung  Cawangan Indah Jaya dan Cawangan Karamunting telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan bagi tahun 2014 yang diadakan serentak  di pejabat DAP Bandar Litat dekat sini pagi tadi.



Mesyuarat yang dihadiri lebih 100 orang itu dipengerusikan  sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kawasan DAP Sandakan Stephen Wong Tien Fatt.



Terdahulu Wong mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli-ahli dan para penyokong DAP kawasan Sandakan kerana telah memberikan kerjasama yang tidak berbelah bagi terhadapan kepimpinannya  menerajui DAP Sandakan.



“Kerjasama yang intim daripada semua ahli-ahli diperingkat akar umbi, cawangan dan Ahli Jawatankuasa bahagian ini amat penting kerana  boleh mewujudkan  jalinan hubungan baik antara satu sama  lain bagi meningkatkan perjuangan parti DAP yang lebih kuat dan mantap.” tegasnya.



Katanya lagi ahli-ahli DAP harus bekerja kuat bagi menjamin keutuhan perjuangan DAP untuk menghadapi PRU 14 yang akan datang nanti.



“Pada PRU 13 lalu DAP hanya berjaya merampas kerusi Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan telah tewas pula ditiga kawasan DUN antaranya Elopura, Tanjung Papat dan Karamunting  itupun hampir menang,  namun begitu kita yakin PRU 14 nanti bukan saja kerusi Parlimen Sandakan kekal milik DAP tetapi tiga DUN kawasan yang disebutkan itu pastinya jatuh ketangan DAP sebab rakyat  sudah hilang kepercayaan terhadap kerajaan BN” ujarnya.



Wong juga yang selaku Ahli Parlimen Sandakan yang dipilih oleh rakyat semasa PRU   13 lalu akan berkhidmat kepada masyarakat khusus untuk  membantu rakyat tidak kira siapa mereka kerana ini merupakan satu tanggungjawab dan amanah rakyat harus dilaksanakan dan dipikul walau seberat manapun.



Wong menambah memandangkan  parti DAP adalah parti untuk berbilang kaum (Multiracial) kini DAP   semakin diterima oleh masyarakat Bumiputera dan buat masa  ini DAP telah mempunyai tiga buah cawangan iaitu Cawangan Kg Berhala Darat, Kampung Sim-Sim dan Kg Melayu Bumiputera Sim-Sim



Turut hadir sama ialah mantan calon DUN Tg Papat iaitu Frankie Poon, Pengerusi DAP Cawangan Kg Sim-Sim Dayang Zubaidah Datu Tahil dan Pengerusi DAP Cawangan Kg Berhala Darat Basith NC Hj Osman.

No comments:

Post a Comment