Wednesday 21 May 2014

MASYARAKAT SAMBUT BAIK OPERASI BERSEPADU YANG MELIBATKAN 9 AGENSI KERAJAAN



Written by Admin
Wednesday May 21.2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN:- Masyarakat setempat di daerah Sandakan menyambut baik usaha dan tindakan  lapan agensi kerajaan yang mengadakan Operasi Bersepadu  sekatan jalan yang anjurkan  oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sandakan (AADK)   malam tadi.

Antara jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat sama dalam  operasi bersatu sekatan jalan itu  di Bandar Maju bermula dari jam 7.00  hingga 11 malam ialah Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Sandakan (JPJ) Polis Diraja Malaysia Cawangan Trafik (PDRM) Jabatan Imigeresen. Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Cawangan Sandakan(LPKP) Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kastam Diraja Malaysia.


Turut hadir sama bagi menyaksikan  operasi tersebut ialah  Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Membanteras Dadah Sabah Datuk Hjh Jainab Ahmad Ayid dan Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Bakri Bibi.

Tujuan pihak AADK negeri Sabah di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama agensi dan jabatan penguatkuasaan yang lain mengadakan Operasi Bersepadu antaranya

1.Mengesan dan mengambil tindakan penguatkuasaan udang-undang kepada pengguna jalan raya yang telah didapati memandu di bawah pengaruh dadah di bawah seksyen 3(1)  Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan 1983) Pindaan 1998.
 
2.  Memeberi peringatan kepada pengguna jalan raya yang memandu  di bawah pengaruh dadah bahawa mereka  perlu sentiasa mematuhi arahan dan undang-undang Malaysia.

3.  Membuktikan bahawa AADK  serius  memerangi  masalah penagihan dadah di Sabah dan secara tidak langsung  dapat memerangi  gejala  sosial  yang bersangkut paut dengan masalah penagih dadah.

4. Sasaran utama operasi ini tertumpu kepada Penunggang dan pembonceng motorsikal, Pemandu dan kelindan kenderaan perdagangan, pemandu, konduktor dan penumpang bas express  dan bas mini, pemandu kenderaan persendirian yang disyaki, dan pengguna jalan raya yang lainnya.

5. Aduan semasa masyarakat setempat dan orang ramai yang disyaki penagih dadah.

Pada kesimpulannya  melalui pendekatan Operasi Bersepadu ini yang disebut  “Integrated Approach”  diharapkan  dapat memberi impak yang jitu  dalam memerangi  dan memberi peringatan kepada pengguna Jalan Raya yang memandu  di bawah pengaruh  dadah akan diambil tindakan keras  mengikut  undang-undang yang sedia ada.

Menurut pandangan orang awam yang sempat ditemui dilokasi operasi tersebut usaha pihak kerajaan khususnya pihak AADK dan agensi-agensi kerajaan yang terbabit  mengadakan operasi berkenaan agar program sebegini kerap diadakan ini juga akan dapat mengesan pemandu-pemandu dan para Mat Rempit terlibat mengambil dadah dan minuman berhakohol sehingga mabuk ini akan membinasakan nyawa orang lain.
 
Kata mereka lagi 70 peratus menunggang motorsikal  terlibat lumba haram khususnya di setiap malam minggu selain itu 30 peratus pula terlibat dalam kegiatan samun dan ragut ini kebanyakannya kerja-kerja Mat Rempit.


No comments:

Post a Comment