Tuesday, 6 May 2014

PELAKON-PELAWAK VETERAN (TERKENAL) AZIZ SATAR MENINGGAL DUNIA AKIBAT DISERANG SAKIT JANTUNG



Written by Admin
Tuesday May 06.2014


OLEH: WAN SALMAH WAN DZULKIFLIE


KAJANG:- Pelakon  dan Pelawak veteran terkenal , Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi 6hb Mei 2014.

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu. 

"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung. 


Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubung
i oleh Waratawan Free Sandakan Today.con (Bahagian Hiburan) Kuala Lumpur sebentar tadi.

Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini.

Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an.

Pelakon veteran seangkatan  P Ramlee  era 50an ramai yang sudah kembali kerahmatullah semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan orang-orang yang soleh...Amin


No comments:

Post a Comment