Written by Admin
Saturday 24 May 2014
OLEH:
SAIMON S JUMADI

.jpg)
Ada sesetengah masyarakat berkata kalau
ditakdirkan PAS menjadi tunjang kerajaan Malaysia semua rakyat Islam dipaksa memada lagu-lagu rock berkumandang dicorong-corong radio rancangan TV 24 jam menyiarkan rancangan agama dan menerbitkan lagu-lagu
nasyid sahaja.

Semua anggapan dan pendapat serta pandangan
sedemikian rupanya telah meleset jauh
semuanya hanya satu spekulasi dan idea kolot dan pemikiran sempit sesempit
lubang kubur.

Apabila pucuk pimpinan PAS meletakan
orang-orang muda itu tadi baru masyarakat sedar bahawa parti PAS bukanlah parti
untuk orang-orang tua yang dah nyanyok
atau orang-orang yang terlalu extreme sangkaan buruk itu tidak tepat.
Sama juga barisan para pemimpin Parti
KeAdilan Rakyat (PKR) telah membariskan orang-orang golongan muda menjadi
pemimpin bukan sahaja di peringkat cawangan bahkan diperingkat yang lebih
tinggi.
Begitu juga dengan Parti Tindakan Demokratik
(DAP) mereka memberi ruang kepada anak-anak angkatan muda atau gererasi muda
yang berpendidikan membarisi kepimpinan parti mereka.
Sebagai kesimpulan yang lebih dekat
ketiga-tiga parti itu antaranya PAS,
PKR dan DAP sama-sama memainkan peranan mereka bagi memberi ruang seluas-luasnya
kepada golongan muda untuk menjadi pemimpin bagi menerajui parti -parti mereka masing-masing.
Yang mereka letakan bukan sembarangan orang
70 peratus berkelususan ijazah sama ada dalam bidang kedoktoran, bidang undang-undang,
arkitik, konsultan, akauntan dan jurutera.
Kenapa parti DAP, PKR dan PAS mengambil
inisiatif mahu meletakan orang-orang muda menjadi pemimpin di barisan parti
mereka sebab ini sebagai pemimpin pelapis untuk menggantikan para pemimpin
veteran nanti.
Jelas sekali anak-anak muda yang mempunyai
pendidikan tinggi 90 peratus condong kepada pihak pembangkang sebab dengan
alasan mereka mahu perubahan mahu pembaharuan dalam segala aspek.
Saya bercakap panjang lebar ini sebagai
seorang pemimpin NGO iaitu Kelab Penyokong BN
Sabah dan Kerajaan saya juga rasa
berhak sebagai seorang presiden kelab ini memberi sedikit pendapat untuk dikongsi
bersama terutama sekali ahli-ahli UMNO.
Saya harap para pemipin UMNO juga turut sama
ikut rentak DAP, PKR dan PAS dimana mereka berperanan memberi laluan kepada
golongan muda khsusnya kepada para pemuda atau puteri untuk dijadikan pemimpin
barisan hadapan di UMNO.
Saya bukan hendak menyebelahi parti pembangkang tetapi apa yang saya katakan
ini semuanya boleh dijadikan contoh dan ikhtibar kepada kita sebagai ahli BN
dan UMNO.
Dalam kontek ini sesiapa saja tidak menafikan
dalam UMNO ramai anak-anak muda jadi ahli UMNO seperti Pemuda UMNO Puteri UMNO
coba kalau pemimpin buat penyelidikan
yang terperinci latar belakang ketua-ketua Pemuda dan ketua-ketua Puteri mereka
juga pemimpin yang berperanan untuk menaikan mertabat perjuangan UMNO kenapa
orang-orang muda seperti ketua-ketua Pemuda dan Puteri langsung tidak diberikan
kesempatan dan peluang sebagai Ahli Parlimen dan ADUN di kawasan-kawasan yang
mereka wakili.
Kebanyakan barisan jemaah cabinet boleh
dikatakan 95 peratus golongan veteran hanya 5 peratus saja golongan muda sebagai MP
mahupun ADUN itupun mungkin tidak sampai dan boleh dihitung dengan jari
orang-orang muda di dalam UMNO yang memegang jawatan penting dalam barisan cabinet.
Pada hari ini satu bukti yang nyata kenapa
DAP meletakan calon muda iaitu Dyana
Sofea Daud di Teluk Intan, begitu juga Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lemba Pantai pemimpin muda juga dalam PKR dan Syarhan
Humaizi Halim daripada PAS.
Datuk Mohd Jeffry Rosman menyatakan demikian
ketika diminta pandangan dan ulasan mengenai perkembangan politik semasa
khususnya di dalam barisan jemaah pemimpin UMNO yang kurang mengambil perhatian
terhadap perjuangan anak-anak muda dalam UMNO
sendiri.
“Kita tidak perlu melenting atau marah kalau
para ahli pembangkang mengatakan ramai
anak-anak muda jadi ahli UMNO hanya sekadar tukang pegang sepanduk sahaja semasa
hari penamaan calon dan tukang tempel poster semasa berkempen’ ujar Jeffry.
Begitu juga sekarang mula ramai masyarakat Melayu dan Bumiputera
menerima parti DAP kalau di Sandakan dan Kota Kinabalu ramai sudah masyarakat
bumiputera menjadi ahli DAP kalau dulu memang parti DAP adalah dianggap parti untuk kaum cina sahaja tetapi bila sudah
menyedari hakikat sebenarnya DAP adala sebuah parti untuk semua kaum tidak kira
mereka Cina, melayu dan India di negara
in dan pintu DAP sentiasa terbuka luas untuk mesyarakat tampil menjadi ahli.
No comments:
Post a Comment