Friday, 16 May 2014

Umat Islam di Malaysia tidak perlu takut, kata Keng Lian

 119 9 0 128
Written by Admin
Friday May 16.2014
OLEH: KAMARUL AZMAN
 
PETALING JAYA:-  Isu perlanggaran hak asasi yang bertentangan dengan nilai Islam tidak wajar dibangkitkan oleh mana-mana pihak memandangkan kita tinggal di sebuah negara berbilang agama dan kaum tolong jangan pertikaikan ini boleh menimbulkan pelbagai masalah kemudian.
Demikian maklum balas yang diterima daripada Tan Keng Liang, Ketua Pemuda Gerakan kepada  Wartawan Free Sandakan Today.com  sebentar tadi.
Beliau menekankan, orang Islam di Malaysia tidak perlu rasa tercabar dengan isu hak asasi yang dikatakan menentang nilai-nilai Islam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semalam mengeluarkan kenyataan bahawa Islam kini diuji oleh ideologi yang dikenali sebagai “Hak Asasi Manusia”.
Parti Gerakan akan sentiasa memperjuangkan nilai hak asasi manusia asalkan ia tidak bercanggah dengan perintah agama, katanya lagi.
“Hak asasi ada batasannya. Di negara kita, kita ada peraturan dan hukum bagi menentukan batasan dalam kita menjalankan aktiviti seharian,” katanya.
Keng Liang sekali lagi menegaskan umat Islam di Malaysia tidak perlu takut atau rasa tercabar dengan isu “Hak asasi” yang dikatakan bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
“Usah gusar memandangkan Islam adalah agama rasmi di Malaysia,” akhirinya.

No comments:

Post a Comment