Written by Admin
Monday May 12.2014
OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN:-
Program Keluarga Sakinah anjuran bersama Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM daerah Sandakan, Wanita USIA Bahagian
Sandakan dan Wanita UMNO Bahagian Sandakan yang diadakan di Dewan Serbaguna
Masjid Daerah Sandakan sehari suntuk telah mendapat sambutan di kalangan
masyarakat Islam setempat.
Pengerusi
bersama penganjur program tersebut iaitu Noraini Sulong yang juga selaku
Pengerusi Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan merangkap Ketua Wanita
Bahagian UMNO Sandakan ketika ditemubual antara lain menjelaskan tujuan
mengadakan program tersebut ialah bersempena sambutan Hari Ibu Sedunia 2014
disamping untuk mengetengahkan pelbagai aktiviti yang berunsurkan ajaran-ajaran
Islam.
Katanya
sebagai anak yang masih mempunyai ibu haruslah disayangi kerana kalau bukan itu
sudah tentu kita sekarang tidak ada didunia yang luas terbentang ini.
“Kita
sebagai anak jangan sesekali menyakiti hati ibu
apa lagi kalau mendurhaka kepada ibu yang melahirkan kita membesarkan
kita mendidik kita besar dosanya lagi Syurga adalah di bawah telapak kaki ibu”
ujarnya.
Katanya
bagi orang yang sudah kehilangan ibu jangan lupa setiap lepas solat haruslah mendoakan ibu meminta
kepada Allah supaya dosa-dosa ibu diampunkan dan memohon agar rohnya
ditempatkan orang-orang yang beriman dan jangan lupa juga sentiasa membaca Al
Fatihah untuk arwah ibu hanya anak-anak yang soleh saja dapat menerangi kuburan
ibu-ibu kita.
Program
tersebut telah dirasmikan oleh Ketua USIA Bahagian Sandakan Datuk Hj Alipuddin
KK Puyun di mana teks ucapannya telah
dibacakan oleh Setiausaha USIA Bahagian Sandakan Haji Pengiran Bidin Pg Hj
Timbang yang mewakili Hj Alipudin kerana tidak dapat hadir untuk merasmikan
program tersebut atas sebab-sebab kesihatan yang tidak mengizinkan.
Dalam
ucapannya antara lain menjelaskan USIA ditubuhkan sejak tahun 1963 lagi semasa
pemerintahan USNO adalah sebagai sebuah badan Dakwah Islam yang terbesar di
negeri Sabah dan pernah menjadi badan pentadbiran Agama Islam Sabah.
Katanya
selapas peralihan kerajaan BERJAYA pada
1975 dimana kerajaan baru itu telah menubuhkan satu badan yang dinamakan Majlis
Ugama Islam Sabah (MUIS) sebagai badan dakwah Islam yang diurus tadbir oleh
kerajaan negeri namun USIA tidak tenggelam begitu saja malahan terus bergiat
dan memainkan peranannya sebagai sebuah badan NGO Islam yang berfungsi
membantu mengembangkan syiar dakwah Islamiah di negeri ini.
“Sehingga
ke hari ini USIA tidak henti-henti mengadakan aktiviti-aktiviti yang berunsur
Islam dengan bermatlamatkan untuk meningkatkan syiar Islam terutama sekali kepada golongan saudara-saudara baru kita yang perlu mendapat
bimbingan yang mendalam tentang kaedah-kaedah dan hukum hakam Islam yang
sebenarnya”katanya
No comments:
Post a Comment