Saturday, 24 May 2014

MENCECAH 55146 PEMBACA PORTAL ONLINE FREE SANDAKAN TODAY BARU 11 BULAN....KATA JEFFRY ROSMAN



Written by Admin
Saturday May 24 2014


OLEH:  SHAIMON S JUMADI

KINABATANGAN:- Seorang pengamal  setia media alam maya khususnya portal online Free Sandakan Today  juga merupakan seorang pemimpin NGO dan seorang aktivis masyarakat di daerah Tawau yang tidak asing lagi iaitu Datuk Mohd Jeffry Rosman menyatakan kewujudan portal baru seperti Free Sandakan Today bagi menggantikan portal online Sabahkini.Net ia merupakan sebuah wadah suara rakyat untuk mengeluarkan dan  meluahkan isi hati yang tersirat dan tersurat.

Dalam wawancara khas  antara Jeffry dengan wartawan kanan FST kelmarin dalam lawatan kerjanya selama dua hari ke  Sandakan  antara lain menjelaskan peranan portal online Free Sandakan Today yang diasaskan oleh Ketua Editornya dan pemilik iaitu Hassnar Hj  Ebrahim ia merupakan satu usaha murni dan alternative yang jitu untuk masyarakat di Sabah termasuk di Sarawak dan di semenanjung mengikuti perjalanan dan perkembangan semasa sama dari sudut sosio ekonomi, kebudayaan dan arena politik.

“Syabas saudara Hassnar kerana bersusah paya menghidupkan semula portal   suara rakyat bagi menggantikan Sabahkini. Net yang telah tenggelam dan saya mewakili masyarakat Tawau 80 peratus memang sentiasa mengikuti berita-berita yang tersiar di portal Free Sandakan Today walaupun tidak sehebat Sabahkini.Net tetapi bagi kami penduduk di Tawau dan penduduk lain-lainnya cukup puas tentang penyiaran berita-berita sensasi dan panas yang merupakan sebuah portal “Neutral and Flexible” Membongkar Kemungkaran Mempetahankan Kebenaran” katanya.

“Kalau mengikut nisbah  kiraan angka Total Pageviews jumlah pembaca Portal Online Free Sandakan Today yang hampir menjangkau setahun ini sudah mencecah 55146 ini satu perkembangan terbaik untuk rakyat jelata terutama sekali rakyat Sabah yang boleh menyumbangkan suara-suara sumbang dan suara rintihan rakyat ke portal ini” tambah Jeffry Rosman.

Tambah Jeffry lagi masyarakat Sabah, Sarawak dan Semenanjung yang hendak mendapakan berita-berita mereka boleh melayari laman/website http//: freesandakantoday.blogspot.com dan bagi mereka yang hendak menyumbangkan bahan-bahan seperti berita-berita sensasi/panas surat kepada editor boleh kirim melalui email: sandakantoday14@gmail.com  atau telefon 013-8882409  Editor dan FST juga menyediakan ruang untuk para pembaca membuat sebarang komen-komen mengenai satu-satu berita.
 
Sementara Pengurus Pemasaran dan Pengikhlanan Free Sandakan Today.com  Jun Facifico berkata  di Kota Kinabalu khususnya penduduk di kawasan Pantai Barat dalam analisis rambang hampir 70 peratus mereka juga telah mengkuti dan melayari laman portal Free Sandakan Today ini juga satu petanda baik dan sambutan hangat di kalangan para pembaca dan peminat setia media alam maya ini.

“ Free Sandakan Today yang tidak bias ( Tidak Berat Sebelah) tidak pro mana-mana pihak sama ada berita daripada pembangkang mahupun kerajaan yang dihantar ke portal ini khususnya yang diusahakan sendiri oleh wartawan-wartawan kami  yang bersesuaian pastinya disiarkan oleh editor kita yang berpengalaman  luas dalam bidang kewartawan selama 36 tahun” kata Jun lagi.






No comments:

Post a Comment