Tuesday, 6 May 2014

RCI (PATI) AKAN DIBENTANGKAN PADA 21 MEI INI.....KATA SHAHIDAN KASSIM

By Admin
Tuesday May 6.2014


KUALA LUMPUR:-  Laporan lengkap siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi pendatang tanpa izin di Sabah akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 21 Mei ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pembentangan kali pertama itu dapat dilakukan selepas beberapa sesi pendengaran terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab sebelum ini temasuk insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Pada sesi soal-jawab di Dewan Negara hari ini, katanya, "Ini antara syarat yang telah ditetapkan kepada suruhanjaya iaitu satu pandangan menyeluruh melibatkan banyak pihak perlu dilakukan sepenuhnya sebelum laporan lengkap dibuat.

"...dan dalam hal ini kerajaan tidak pernah berkompromi berkenaan pendatang tanpa izin memandangkan laporan ini amat penting sebagai asas kepada sebarang tindakan lanjut," katanya semasa menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Lucas Umbul.di Parlimen Isnin.


Penubuhan RCI diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2012. Ditauliahkan pada 21 Sept 2012, suruhanjaya itu diberikan tempoh enam bulan untuk menyelesaikan siasatan dan membentangkan laporan serta cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tempoh itu yang sepatutnya berakhir pada 20 Mac lepas bagaimanapun dilanjutkan sehingga 21 Mei ini.

Berhubung penangguhan pembentangan laporan, Shahidan berkata walaupun terlewat, penangguhan sebanyak empat kali itu memberi lebih ruang kepada suruhanjaya menjalankan penyiasatan terperinci dan menyeluruh memandangkan tiada siasatan seumpama itu dilakukan sebelum ini.

Apa yang perlu diketahui ialah, siasatan tidak hanya memberi fokus kepada sesuatu kaum, kawasan atau daerah di Sabah, katanya.

Suruhanjaya yang dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong bersama empat pesuruhjaya itu antara lain diberikan kuasa menyiasat jumlah pendatang asing di Sabah yang telah diberikan kad pengenalan atau kewarganegaraan.-BERNAMA




No comments:

Post a Comment