Wednesday, 14 May 2014

MPS GAGAL MENYENGGELARAKAN KEBOCORAN SALURAN NAJIS DI TERMINAL BAS MINI



Written by Admin
Wednesday May 14.2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: DAYANG ZUBAIDAH DATU TAHIL


SANDAKAN:- Kerosakan saliran pembentung najis yang melimpah ruah dipermukaan jalan raya khususnya di Terminal Bas Mini berhampiran dengan Pusat Gedung Membelibela Milimewah Bandar ini telah menimbulkan  keresahan di kalangan orang ramai terutama sekali para pemilik bas mini.

Kebocoran saluran najis tersebut betul-betul  berada di hadapan kedai makan dan para pelanggan setiap hari terhidu bau tahi (najis)  yang keluar melimpah ruah diatas permukaan jalanraya tersebut yang tidak dibaik pulih oleh pihak yang berkenaan.

Pegawai Khas Pejabat Parlimen Sandakan Amsi Liew telah membuat tinjauan kelokasi berkenaan setelah menerima aduan daripada para pemilik bas mini dan orang ramai berhubung fenomena tersebut.

Dalam aduan tersebut para penjaja dan para peniaga berhampiran mendakwa akibat  daripada bau busuk ekoran najis yang keluar di permukaan jalan itu ramai peniaga sukar untuk menjalankan aktiviti mereka mkhususnya menjalankan  perniagaan di situ ini jelas menjejaskan pendapatan harian mereka.

Memandangkan  perkara ini  amat serius saya bagi pihak para pemilik Bas Mini memohon jasa baik pihak yang berkenaan agar dapat  mengambil tindakan segera untuk membaik pulih kerosakan saluran pembentungan  najis tersebut demi kesejahteraan orang ramai.








No comments:

Post a Comment