Friday, 2 May 2014

NORAINI MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM KELUARGA SAKINAH 2014




Written by Admin
Friday 02 May 2014


OLEH: AZMI AZMAN
FOTO: SAFFIE S JUMADI






SANDAKAN:- Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan dengan kerjasama Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Sandakan dan Wanita USIA Bahagian Sandakan akan menganjurkan Program Keluarga  Sakinah 2014 pada 11 Mei ini bertempat di Dewan Serbaguna Masjid   Daerah Sandakan

Bercakap kepada Wartawan Free Sandakan Today Ketua Wanita Bahagian UMNO  Sandakan Noraini Sulong sejurus selepas mempengerusikan Mesyuarat pembentukan Jawatankuasa Pelaksana program tersebut di pejajabat USIA Bahagian Sandakan kelmarin menjelaskan tujuan program tersebut diadakan adalah untuk menyatupadukan kaum wanita di daerah ini tanpa mengira fahaman idologi  politik yang berbeza.

Katanya  dengan adanya program Sakinah ini ia menjurus untuk merapatkan lagi  siratulrahim dan dapat mengenali antara satu sama lain dan menindari jurang perbezaan  kedudukan seseorang.

Program yang  akan bermula pada 8.30 pagi hingga 5.00 petang di jangka akan disempurnakan  oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Malaysia  Datuk Hajah Azizah Datuk Hj  Mohd Dun Banir

Orang ramai khususnya uang tinggal di daerah ini adalah dijemput datang beramai-ramai ke majlis yang bermenfaat ini pada tarikh, waktu dan tempatan yang telah ditetapkan itu.

No comments:

Post a Comment