Wednesday, 14 May 2014

PARIT TERSUMBAT DIDEPAN BLOK 15 HINGGA 17 TAMAN MESRA TEMPAT SARANG NYAMUK EADES TIDAK DIBERSIHKAN



Written by Admin
Wednesday May 14.2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI


ELOPURA:- Penduduk Taman Perumahan Taman Mesra telah diberi notis oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk menumbang  semua tanaman yang berhampiran dengan bangunan Blok bukan saja tanaman pisang jadi korban bahkan segala tanaman  nangka, cermai, limau dan kelapa dengan alasan tempat pelindungan atau pembiayakan nyamuk eades.

Para penduduk berkenaan terpaksa akur dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan  walaupun agak berat untuk menebang  tanaman-tanaman mereka disebabkan  mahu menyalamatkan nyawa penduduk takut diserang oleh nyamuk eades yang boleh membawa wabak demam denggie berdarah.

Kalau tanaman pokok pisang pokok nangka dan lain-lainnya sebagai punca utama tempat pembiayakan dan sarang nyamuk eades yang boleh mengancam nyawa penduduk  apa cerita pula dengan parit yang bertakong parit tersumbat ini jelas parit berdepan dengan blok 15 hingga blok 17 didapati tempat pembiayakan nyamuk eades kenapa pula tidak dibersihkan.

Kenapa  parit tersumbat di hadapan blok-blok yang dimaksudkan pihak MPS tidak mahu membersihkan atau  tidak menyuruh pihak kontraktor untuk  mengambil alih tugas-tugas MPS bagi melaksanakan pembersihan tersebut.








No comments:

Post a Comment