Friday, 16 May 2014

OPS CANTAS DI PULAU GAYA 80 PERATUS WARGA PENYU

Lima penjenayah diantara 35 orang asing diberkas, 66 rumah haram diberi notis supaya dirobohkan.
KOTA KINABALU: Lima orang dikehendaki polis adalah diantara 35 asing ditahan dalam Operasi Cantas Khas (Ops Cantas) yang dijalankan di Kampung Pondo, Pulau Gaya, dekat sini, semalam.
Selain itu sebanyak 66 buah rumah atas air di kampung berkenaan turut diberikan notis supaya dirobohkan kerana didirikan secara haram, selain membenarkan warga asing tanpa izin tinggal di situ.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, berkata seramai 400 individu diperiksa dalam operasi berkenaan dan daripada jumlah itu, seramai 75 ditahan untuk proses dokumentasi lanjut.
 ”Daripada 75 orang itu, kita akhirnya menahan 35 daripada mereka yang berusia antara 20 hingga 40 tahun ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan khususnya tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
“Lima daripada yang ditahan juga adalah suspek yang dikehendaki polis kerana kesalahan dadah, samun serta memiliki barang curi manakala 20 lagi iaitu 18 lelaki dan dua wanita ditahan kerana positif dadah dan selebihnya pula ditahan untuk siasatan mengikut Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya ketika ditemui selepas operasi itu.
Sementara itu, Jauteh berkata, operasi yang dijalankan itu adalah fasa pertama dan ianya akan dilaksanakan lagi dalam tempoh tujuh hari lagi.
“Bagi fasa kedua nanti, kita akan memeriksa semula rumah yang telah diberikan notis dan sekiranya siasatan DBKK dan tempoh tujuh hari ini mendapati rumah yang didirikan adalah haram, maka operasi merobohkan rumah itu akan dilaksanakan,” katanya sambil menambah operasi yang dijalankan semalam berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

No comments:

Post a Comment