Friday, 23 May 2014

DIALOG MASA DEPAN ANAK MUDA SABAH ANJURAN PAS PADA 31 MEI INI



Written by Admin
Friday May 23.2014

OLEH: SAIMON S JUMADI


SANDAKAN:-  PAS Sandakan dengan kerjasama  Jaringan Siswaza Malaysia (JASA) akan mengadakan Dialog “Masa Depan Anak Muda Sabah” pada 31 Mei ini bertempat di Bilik Seminar Tuaran Spoon Bandar Maju dekat sini.

Menurut jurucakap penganjur program tersebut akan bermula pada jam 8.00 malan untuk membincangkan hal-hal ehwal yang berkaitan dengan ketidak telusan dasar-dasar  kerajaan BN yang menarujui kepimpinan kerajaan persekutuan dan negeri.

Katanya anak-anak muda sekarang  yang berpendidikan tinggi  sama ada di Sabah dan di semenanjung baik daripada suku Cina, Bumiputera/Melayu, India  90m peratus mereka condong kepada  parti pembangkang mereka mahu pembaharuan.

Kita lihat saja barisan para pemimpin parti Pakatan Rakyat sama ada DAP PAS dan PKR 90 peratus terdiri golongan muda berpelajaran tinggi bukan alang kepelangan  ada jurusan kedoktoran, jurutera, Konsultan, Accountant dan  jurusan undang-undang.

Ketiga-tiga parti mini paling ketara sekali memberi laluan golongan muda yang berwasan dan berpendidikan untuk mengambil tempat para pemimpin veteran yang sedia ada khususnya dalam DAP-PAS dan PKR.

Jadi jangan lupa pada tanggal 31 Mei ini pada jam 8.00 anak-anak muda yang berminat sila hadir sama untuk sama-sama berdailog untuk mengeluarkan pendapat (Idea) masing-masing.


No comments:

Post a Comment