Wednesday 28 May 2014

BERTUAH MURID DAN GURU SK SUNGEI KAYU AKAN BERPINDAH BANGUNAN BARU KOS RM18,531,624.90 PADA JUN INI


Written by Admin
Wednesday May 28.2014

OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO  SAFFIE S JUMADI
 


LIBARAN:- Kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia  sentiasa menitikberatkan dalam aspek pendidikan akademik  sama  ada di kawasan Bandar mahupun luar Bandar perlu dinaik taraf khsusunya dalam prasarana dan lain-lain kemudahan asas demi keselesaan dan kesejahteraan murid dan juga tenaga pengajar.
TERIMA KASIH....Guru Besar SK Sg Kayu menerima replika kunci bangunan sekolah berkenaan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

Sebagai contoh pembinaan bangunan baru Sekolah Kebangsaan Sungei Kayu  walaupun  banyak menempuh rintangan  yang dihadapi daripada anasir-anasir luar yang anti pembangunan pendidikan  namun juga diteruskan  sebab ini adalah  satu dasar kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memajukan dalam aspek pendidikan dengan bermatlamatkan supaya rakyat daripada pelbagai golongan di negara ini  berilmu dan cerdik pandai.


 TANDANGAN.....Upacara menandatangani surat penjanjian (MOU) antara pihak Kontraktor dengan Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Jame Alip      berkata demikian  pada majlis Penyerahan Projek Akademik Rendah anjuran Kementerian Penididkan Malaysia pagi tadi teks ucapannya dibacakan oleh Farid Othman Ketua Unit Pembangunan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
  
Katanya  projek pembinaan bangunan sekolah tersebut yang telah menelan belajan RM18,531,624.90  dimana tempoh pelaksanaannya 96 minggu tarikh masuk tapak pada 16 Jun 2009 tarikh siap asal pada 15 Jun 2011 dan tarikh siap baru pada 22 Januari 2014 oleh  Kontraktor Perunding Fanware Contractor Sdn Bhd adalah untuk memberikan keselesaan kepada murid-murid  dan guru-guru di sekolah lama itu berpindah ke bangunan baru.

 

CENDERAHATI.... Farid menerima cenderahati disampaikan oleh Guru Besar berkenaan




Dalam temubual  Wartawan kanan Free Sandakan Today.com dengan Guru Besar sekolah berkenaan iaitu  Janimah Jaman menjelaskan bangunan sekolah berkenaan ia mempunyai tenaga pengajar (guru) seramai lapan orang dan kekakitangan Jabatan Pendidikan yang ditempatkan disekolah berkenaan seramai 4 orang.

Katanya lagi bangunan baru sekolah itu mengandungi 12 bilik darjah dan bilangan murid yang berlajar di sidang pagi dan petang seramai 426 orang murid.
Menurut Janimah seramai 426 murid yang belajar di sekolah lama akan dipindahkan ke bangunan baru ini sebaik sahaja habis cuti sekolah nanti.







No comments:

Post a Comment