Saturday, 3 May 2014

SINGKIR IBRAHIM ALI KALAU PERKASA MAHU MENDAPAT SOKONGAN PADU DARIPADA MELAYU/BUMIPUTERA SABAH



Written by Admin
Saturday 03. May 2014

SOROTAN DARI MEJA PENGARANG KANAN –FST
SAIMON S JUMADI

 



HARI ini saya ingin membicara sedikit sebanyak tentang kelakuan Presiden PERKASA  Datuk Ibrahim Ali yang kelihatan semakin menjadi-jadi sehingga menimbulkan kebencian dan kemarahan orang ramai terurama sekali masyarakat bukan Melayu atau bumiputera.

Mungkin disebabkan Ibrahim Ali kebal dengan undang-undang dan tiada sesiapa yang berani menegur atas perbuatannya yang boleh mencetuskan huru hara di dalam negara apa lagi mahu menangkapnya lantas dia bertambah besar kepala dan naik tocang.

Dalam konteks ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Presiden Kelap  Penyokong BN dan Kerajaan Sabah Datuk Mohd Jeffry Rosman atas keberaniannya  membuat teguran keatas tingkah laku yang tidak sesonoh Ibrahim Ali berbanding dengan para pemimpin politik BN/UMNO yang membisu seribu bahasa.


Memang benar PERKASA tidak sesuai berada di Sabah sebabnya Presiden PERKASA terlalu anti kepada para penganut Kristian anti bangsa cina anti bangsa india di negara ini kita hairan badan NGO ini 80 peratus aktivitinya condong kepada aktiviti keganasan masih juga orang sokong perjuangannya, apa keistimewaan PERKASA sebenarnya.

Jelas kebanyakan orang yang menjadi pemimpin  PERKASA di peringkat kawasan Parlimen mereka adalah terdiri daripada golongan-golongan orang-orang yang kecewa dalam politik  ada yang dibuang daripada UMNO atas sebab-sebab disiplin lantas mereka mencari perhatian umum menubuhkan PERKASA walaupun ahlinya berapa ekor sahaja.

Disamping itu juga ramai masyarakat bukan melayu/Bumiputera yang berfikiran negatif  mereka mendakwa dan beranggapan bahawa PERKASA ini sebenarnya talibarut UMNO atau didalangi oleh para pemimpin UMNO sebab paling ketara sekali bila Ibrahim Ali membuat perkara-perkara buruk yang boleh memudaratkan negara Malaysia tiada sesiapa yang berani mengkritiknya apa lagi mahu menangkapnya jauh panggang dari api.

Saya terus katakan kalau di Sabah suku daripada Kadazan, Murut dan Dusun tidak termasuk bangsa Cina memang anti PERKASA sebab para pemimpin PERKASA bukan semua memang anti kepada penganut Kristian.

Sebagai bukti bila mana seorang penyanyi tempatan yang begitu popular iaitu Jimmy Palikat menyertai PERKASA telah mendapat kritikan dan kutukan habis-habisan daripada peminatnya dan kaumnya sendiri.

Jimmy nampaknya tersilap langkah sebelum para peminatnya   dan orang  yang sebangsa  dengannya  membeci Jimmy saya cadangkan lebih baik batalkan saja niat hendak menjadi ahli PERKASA buat apa tiada faedahnya malahan ramai musuh akan datang.

Keberanian Datuk Jeffry Rosman mengkritik habis-habisan kepada Ibrahim Ali satu tindakan yang harus dipuji kerana berani cakap terus terang apa yang telah dilakukan oleh Ibrahim Ali.

Gara-gara perbuatan Ibrahim Ali nama baik PERKASA terlibat sama tercemar sehingga or4ang tidak lagi yakin perjuangan PERKASA yang sebenarnya kerana satu badan NGO songsang.


Secara peribadi saya katakan barang kali kalau Ibrahim Ali disingkir daripada PERKASA dan digantikan orang-orang yang berkaliber yang mempunyai semangat jati diri dalam daya kepimpinan  yang  jitu  open minded semangat setia kawan terhadap semua bangsa dan agama sudah pastinya masyarakat lain akan menerima perjuangan PERKASA  tetapi selagi Ibrahim Ali yang menerajui PERKASA selagi itu bangsa-bangsa yang ada di negara ini khususnya bukan Melayu/bumiputera menolak PERKASA dan mereka anggap PERKASA adalah musuh ketat mereka.


No comments:

Post a Comment