Written
by Admin
Tuesday
May 27. 2014
OLEH:
FARIDAH AHMAD
TAWAU:-
Kelab Penyokong BN dan Kerajaan Sabah akan diperkembangkan sayapnya sebagai cabang di daerah Sandakan selewat-lewatnya akhir
bulan September ini.
Presiden
Kelab Penyokong BN dan Kerajaan Sabah Datuk Mohd Jeffry Rosman dalam satu
kenyataannya semasa ditemui bual oleh wartawan Free Sandakan Today.com di sini
pagi tadi menjelaskan tujuan mengembangkan
sayapnya ke Sandakan adalah sebagai alternative badan NGO khusus bagi memberikan sokongan apa saja
bentuk aktiviti-aktiviti yang ada hubung kait dengan rakyat dan masyarakat setempat.
“Saya
telah berbincang dengan ahli-ahli Jawatankuasa teringgi kelab ini malam tadi
beberapa orang yang bakal diberikan kepercayaan untuk menerajui kepimpinan
kelab NGO ini mereka adalah terdiri daripada Rozzalin Mohd Hashim dan Mustafah
Mohd Hassan dan kedua-dua orang ini merupakan wartawan daripada New Sabah Times
(NST).
Seorang
lagi wartawan kanan daripada sebuah portal online media alam maya saya tak paya
sebut namanya juga akan menjadi anngota
pada Kelab NGO ini.
Pada
masa terdekat ini kata Jeffry lagi “saya akan pergi ke Sandakan untuk menemui Rozzalin,
Mustafah dan SSJ untuk memberi surat watikah
pelantikan jawatan penting bagi menubuhkan kelab ini di Sandakan.
“Kenapa
kami di barisan jawatan tertinggi Kelab NGO ini memilih tiga orang itu untuk memimpin Kelab ini kerana mereka
ketiga-tiganya bekerja sebagai wartawan yang cukup popular di persada tanah air
dan berpengaruh besar di kalangan
masyarakat setempat” ujarnya.
Beliau
berharap ramai penduduk setempat akan menjadi ahli kepada kelab ini agar dapat
merealisasikan pelbagai aktiviti.
No comments:
Post a Comment