Tuesday 13 May 2014

PIHAK KESELAMATAN BERJYA MENAHAN 483 PATI DI LIMA KAMPONG SEMPORNA

 59 0 0 60

Written by Admin

Tuesday May 13.2014
Mereka termasuk 221 wanita yang tidak memiliki dokumen sah

Operasi PATI Sabah 

SEMPORNA:- Satu lagi usaha dan kejayaan pihak Keselamatan di mana  seramai 483 orang dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang majoritinya warga Filipina ditahan dalam Ops Gasak 8 yang diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di lima kampung pesisir pantai berhampiran pekan Semporna semalam.
Pengarah Bahagian Pertahanan ESSCOM, Mejar Jen. Datuk Masrani Paiman (gambar)  berkata kesemua mereka termasuk 221 wanita yang tidak memiliki dokumen sah itu telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.
Katanya lima kampung yang terlibat dengan operasi yang bermula 2.30 pagi dan berakhir sekitar pukul 8 malam itu ialah kampung Air, Bangau-Bangau, Ubian, Panji dan Kampung Hallo.
“Kesemua mereka yang tidak mempunyai dokumen sah akan ditempatkan di Pusat Tahanan Sementara Sandakan sebelum dihantar pulang ke negara asal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Masrani berkata mereka adalah antara 551 orang yang diperiksa dalam operasi bersepadu itu yang membabitkan Angkatan  Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Pejabat Daerah Semporna.
Ops Gasak 7 yang dilaksanakan di Kampung Long Danau, Lahad Datu pada 21 April lepas menyaksikan seorang lelaki berumur 57 tahun ditahan untuk siasatan lanjut berhubung kes memasang bendera Kesultanan Sulu.
Masrani berkata Ops Gasak itu, yang akan diperluaskan ke kawasan lain di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE), bertujuan membersihkan ESSZONE daripada pendatang tanpa izin.
ESSZONE merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau, dan daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.
 Selain itu juga pihak keselamatan yang membabitkan Tentera, Polis Jabatan Imigeresen akan mengadakan operasi besar-besaran di Kampung Bahagia dan Mautas kawasan Batu Sapi kerana menurut sumber-sumber yang boleh dipercayaai kedua-dua kampung tersebut 80 peratus penduduknya adalah PATI daripada Filipina.

No comments:

Post a Comment