Thursday, 1 May 2014

JEFFRY ROSMAN NASIHATKAN IBRAHIM ALI JANGAN CABAR-LANCAR PERANG SALIB DENGAN PENGANUT KRISTIAN...BERBAHAYA



Written by Admin
Thursday 01 May 2014


OLEH: SHAIMON S JUMADI
 


TAWAU:- Presiden Kelab Penyokong  BN Sabah dan Kerajaan Datuk Mohd Jeffry Rosman hari ini menyelar dan menasihati terhadap tingkah laku Presiden PERKASA  Datuk Ibrahim Ali yang disifatkan sudah keterlaluan untuk mengawal emosinya yang panas baran tidak bertempat.

 

Jeffry mengulas satu kenyataan yang tersiar di bebarapa media termasuk di Portal Online Free Sandakan Today yang bertajuk: PERKASA SEDIA LANCAR PERANG SALIB DENGAN PENGANUT KRISTIAN DI MALAYSIA” pada 30 April (kelmarin).



“Sebagai seorang pemimpin badan NGO dan mantan Ahli Parlimen Pasir Mas Kelantan dan ramai dan pengikutnya seharusnya Ibrahim Ali bersikap rasional bukan bersikap ala kebudak-budakan cakap sembarangan saja tanpa difikir dahulu yang boleh mencetuskan kemarahan orang lain.



“Ramai orang bertanya apa motif sebenarnya Ibrahim Ali (PERKASA) bercadang dan bersedia hendak melancarkan perang salib dengan rakan-rakan beragama Kristian apa untungnya sanggup kah Ibrahim Ali melihat rakyat di negara ini yang berbilang bangsa berbilang anutan agama yang hidup dalam harmoni hidup dalam kegembiraan lantas tiba-tiba pula timbul pergaduhan besar sehingga pertumpahan darah inikah agenda PERKASA yang sebenarnya” ujar Jeffry.



Kata Jeffry lagi 10 tahun yang lalu PERKASA sebagai sebuah badan NGO yang mewakili kaum Melayu/Bumiputera khususnya Pribumi di negara ini memang cukup dihormati dan disegani tetapi apabila Presidennya sendiri yang selalu banyak menimbulkan pelbagai karenah macam-macam cadangan hendak membakar gereja, cabar negara China dan Amerika supaya berperang dengan Malaysia, maki-maki bangsa Cina, anti agama Kristian anti bangsa India lama kelamaan bukan saja masyarakat cina, India benci dengan PERKASA orang-orang Melayu  sendiri yang cintakan keamanan dan kedamaian dalam negara  ini turut menolak kepimpinan PERKASA yang diterajui sendiri oleh Ibrahim Ali hanya orang-orang yang kecewa dalam politik saja mahu jadi pemimpin PERKASA di peringkat negeri dan parlimen.



“Kita faham tiada sesiapa pemimpin  dalam negara ini yang berani menegur apa lagi mengkritikan kelakuannya yang tidak senonoh itu sebab Ibrahim Ali kebal dengan undang-undang walaupun perbuatannya  (PERKASA) boleh mencetuskan huru hara dalam negara boleh menghancurkan Malaysia tetap dibiarkan saja oleh para pemimpin kerajaan” tegasnya.

  

“Terus terang saya nyatakan saya bukan mahu mencari publisiti murahan membuat berita ini tetapi saya sebagai anak jati  Malaysia saya rasa saya juga mempunyai tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia  mahukan kedamaian mahukan keharmonian dan kesejahteraan hidup rakyat yang berbilang kaum jadi janganlah minta-minta negara kita diserang kalau benar-benar negara China kuasa besar dan USA hendak  serang Malaysia mungkin tidak sampai rokok sebatang ranap seluruh pelusuk Malaysia jadi jangan coba nak cabar-cabar kuasa besar” terang Jeffry yang sedih kenapa PERKASA selalu buat banyak karenah.



“Saya mewakili NGO Kelab ini meminta jasa baik kepada para pemimpin kerajaan supaya membuat teguran sedikit terhadap perangai buruk Ibrahim Ali jangan terlalu racist sebagai seorang pemimpin kalau mahu sentiasa dihormati” tegasnya.



“Dalam hal ini saya tidak nafikan bahawa PERKASA ini tanggapan orang ramai  selama ini  didalangi oleh UMNO sama ada benar atau sebaliknya kerana mereka telah menganggap banyak hal yang boleh menimbulkan rusuhan  kaum akibat perbuatan PERKASA tiada satupun pemimpin politik kerajaan menegur sikap Ibrahim Ali, kalau Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Ahmad  Zahid Hamidi berani mencela Presiden Amerika Obama kenapa pula lain-lain menteri tak berani bersuara entah apa ilmu Ibrahim pakai dibadannya sehingga para menteri tunduk terhadapnya” ujarnya.

No comments:

Post a Comment