Tuesday, 27 May 2014

PEMBINAAN GERAI BARU AKAN JADI ISU PANAS BERPANJANGAN SEHINGGA PRU 14 NANTI



Written by Admin
Tuesday May 27.2014


DARI HATI KEHATI PENGARANG FST
SAIMON S JUMADI

TINDAKAN pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) membina 32 gerai mirip seperti tempat tahanan lokap di ruang koridor (kaki lima) dipremis Milimewah bukan saja memberikan kemarahan kepada para peniaga di situ yang bakal menjejaskan perniagaan mereka bilamana gerai-gerai tersebut beroperasi  nanti  bahkan orang ramai juga ada yang tidak setuju kerana keadaan ruang yang terlalu sempit.

GERAI BARU....Serupa rumah tanahan (lokap) dirumah merah atau di balai polis kalau terjadi satu kebakaran  memang banyak manusia yang rentung


Mereka berkata sendainya berlaku satu kebakaran macam mana pihak bomba akan  memberi bantuan kepada mangsa berkenaan dengan situasi tempat yang sangat sempit sudah pastinya ramai akan jadi korban rentung (hangus)

 
Pihak MPS hanya memikirkan keuntungan daripada memberi  keselesaan dan menjaga  keselamatan nyawa orang lain, dalam pada itu orang ramai juga tidak menyalahkan pihak kontraktor yang membina gerai-gerai tersebut  kerana mereka hanya mengikut pelan induk yang diberikan oleh MPS kepada kontraktor terbabit.



PRIHATIN.....Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong begitu  ambil berat dan prihatin membantu kepada para peniaga yang ditimpa malang itu


Sebagai seorang Wartawan kanan saya sempat bertanyakan  beberapa  peniaga di primes tersebut sebelum gerai-gerai baru dibina ditempat tersebut mereka juga senang hati dengan adanya para penjaja yang menjual di ruang koridor itu sebab tidak menghalang atau melindungi ruang perniagaan mereka.



Tetapi setelah wujudnya gerai baru persis tempat rumah tahanan rumah merah disinilah telah mencetuskan kemarahan para peniaga.



 BANTAH......Sebahagian para peniaga yang mengadakan reformasi aman bagi membantah pembinaan gerai-gerai berkenaan

Atas keprihatinan dan simpati yang menimpa para peniaga terbabit Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong dan para pegawainya turun padang bagi meninjau lebih dapat lagi akan keadaan yang sebenarnya sejurus selepas dimaklumkan.



Syabas Ahli Parlimen Sandakan walaupun daripada pihak pembangkang namun punya perasaan kemanusian dan hingga membantu mereka yang ditimpa masalah.



Saya telah dimaklumkan bahawa pejabat Parlimen Sandakan sudah dua kali mengutus surat rasmi kepada Presiden MPS dan pihak Bomba sejak 2hb Mei lagi tetapi kedua-dua jabatan langsung tidak memberikan respond macam tidak ambil kisah sangat mengenai masalah berkenaan.



Kita kena sama-sama tunggu apa reaksi pihak MPS untuk mengatasi hal ini yang telah menjadi kontraversi di kalangan peniaga setempat.



Garai-garai yang dibina ini akan beterusan menjadi isu panas sehingga jadi modal propaganda dan agenda kepada pilihanraya umum ke 14 nanti.

1 comment:

  1. MEMANG RAMAI ORANG MARAH MPS BIBNA GERAI MACAM LOKAP

    ReplyDelete