Monday, 26 May 2014

CADBURY AKAN DI SAMAN RM100 JUTA OLEH JMM

 1503 18 1 1534

By Admin

 | May 26, 2014
JMM merasakan Cadbury tidak sensitif dan sengaja menganiaya pekerja Islam di dalam organisasi mereka
JMM Pc (1) 


  

PETALING JAYA: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Sukaguam memandang serius terhadap isu DNA khinzir yang dikesan di dalam dua produk coklat Cadbury Coklat Susu dengan kacang hazel ( bernombor 200813M01H 12 bertarikh luput 13, November 2014) dan Coklat Susu dengan Buah badam ( bernombor 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Januari 2015) keluaran syarikat Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd.
“Bagi kalangan masyarakat Islam, saya merasakan ia merupakan penghinaan yang amat dahsyat sekali. Syarikat itu tidak sepatutnya mengeluarkan produk tersebut di pasaran Malaysia apatah lagi di dalam syarikat tersebut yang terdiri dari orang Islam juga.
“Mereka bagaikan sengaja menganiaya pekerja Islam di dalam organisasi tersebut,” kata Presiden JMM, Azwanddin Hamzah.
Tambahnya, isu saman terhadap syarikat Cadbury bukanlah kerana wang semata- mata, ia bagi mengajar syarikat pengeluar makanan dan minuman antarabangsa yang lain, agar menjaga sensitiviti rakyat Islam di negara ini.
“Cadbury telah melakukan satu penipuan yang sangat jahat dan harus dibendung supaya menjadi satu pengajaran kepada mana-mana syarikat yang mahu menghancurkan umat Islam secara halus dari segi pemakanan halal.
“JMM akan bantu umat Islam di Malaysia untuk menyaman syarikat ini dengan kerjasama Sukaguam. Kami juga akan menuntut ganti rugi untuk umat Islam di negara ini dan bukan sekadar kemaafan dari syarikat itu, serta menarik balik produk itu dari pasaran,” jelasnya.
Sehubungan itu, Azwanddin turut mengingatkan tentang sensitiviti umat Islam agar di masa hadapan, perkara ini tidak berulang lagi dari syarikat Cadbury atau syarikat-syarikat lain.
“Kepada sesiapa yang pernah terbeli coklat yang memiliki nombor kelompok seperti yang telah dinyatakan, anda boleh menghubungi kami di jaringanmelayumsia@gmail.com, dan pastikan anda masih menyimpan resit pembelian,” katanya.
JMM Pc (2)Ketika ditanya, anggaran jumlah saman terhadap syarikat Cadbury, Azwanddin berkata, JMM masih dalam perbincangan mengenai jumlah, namun beliau memberi anggaran, tidak mustahil angka itu akan mencecah sehingga RM 100 juta.
Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata dalam hal ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa semua urusan yang berkaitan dengan pensijilan halal akan terus dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Manakala KKM akan terus menjalankan pemantauan berdasarkan kepada kuasa di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.
Menurutnya, Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi
kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.
“ Label makanan amat penting kepada pengguna kerana ia membolehkan pengguna membuat pemilihan makanan yang bermaklumat,” katanya.
Katanya lagi, peruntukan pelabelan yang berkaitan dengan perkara tersebut di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah seperti berikut:
i) Peraturan 11(1)(c) menghendaki produk makanan yang mengandungi daging lembu atau daging babi atau terbitannya dilabel dalam bentuk seperti “MENGANDUNGI (nyatakan sama ada daging lembu atau daging babi atau terbitannya atau lemak babi atau mengikut mana yang berkenaan)”;
ii) Peraturan 11(1)(f) menghendaki nama biasa haiwan dilabel jika makanan tersebut mengandungi minyak makan atau lemak makan dari haiwan; dan
iii) Peraturan 11(3) memerlukan nama biasa haiwan dilabel jika ramuan makanan atau aditif makanan adalah dari sumber haiwan.
“KKM ingin menggesa pihak industri dan juga pengimport supaya bertanggungjawab untuk memastikan semua produk keluaran dan yang diimport mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya,” katanya.
Tambahnya, KKM akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pematuhan standard makanan dan pelabelan serta kebersihan makanan seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
“Sekiranya orang awam mempunyai sebarang persoalan, boleh mengemukakannya kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq,” kata beliau. fmt

No comments:

Post a Comment