Friday 16 May 2014

POLIS SUDAH MENGENAL PASTI REMAJA YANG MENYERANG WARTAWAN SEMASA PERHIMPUNAN GST



Written by Admin
Friday May  16.2014

OLEH: WAN SALMAH WAN DZULKIFLIE


KUALA LUMPUR:- Pihak Polis telah mengenal pasti dan mengecam wajah-wajah seramai 11 orang belia yang menyerang Wartawan yang membuat liputan   mengenai perhimpunan membantah GST yang berlaku disekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 1 Mei 2014. 

Perbuatan mereka itu merupakan belia yang tidak mempunyai masa depan tidak mempunyai wawasan dan lebih tertumpu kepada melibatkan aktiviti-aktiviti jenayah yang suka buat hura hara dalam negara.

Kalau mereka rasa betul mengadakan perhimpunan haram itu bantah GST itu soal lain tetapi kenapa sampai menyerang wartawan yang sedang menjalankan tugas mereka membuat liputan media” kata seorang remaja yang dikenali sebagai Ahmad Saman Zain.

Sesiapa yang mengenali suspek diminta untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu pihak polis menyelesaikan penyiasatan kes ini

Mereka yang terbabit atau ingin menyalurkan maklumat boleh menghubungi terus Pegawai Penyiasat kes ini, ASP Ananthan Rajoo yang boleh dihubungi melalui Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi melalui telefon no: 03-26977099 .

Rajoo berkata jika mereka disabitkan kesalahan mereka boleh dipenjara selama 30 tahun dengan sebatan rotan sebanyak 20  kali.





No comments:

Post a Comment