Sunday, 25 May 2014

MCA PENAMPANG HARUS TANGGALKAN BANNER HUKUM HUDUD....SARAN JEFFRY




Written by Admin
Sunday May 25 2014


DARI HATI KEHATI UNTUK MCA PENAMPANG
DATUK MOHD JEFFRY ROSMAN


SEBAGAI Presiden Kelab Penyokong BN dan Kerajaan Sabah Tawau saya tidak bermaksud untuk mencapuri hal-hal politk yang dianggap remeh apa yang saya perlu huraikan ialah mengenai tindakan MCA Penampang yang telah mempamerkan kain pemidang (Banner) yang tidak setuju dengan Hukum Hudud yang bakal dilaksanakan di negara ini atas cadangan PAS yang  masih dalam proses lagi.

Para pemimpin MCA khususnya  pemimpin MCA Bahagian Penampang tak perlu bimbang kerana hukum hudud itu hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja dan rakyat di negara ini mungkin dikecualikan daripada dikenakan hukum yang dimaksudkan bagi mereka bukan beragama Islam.
MENCARI NAHAS.....MCA Penampang mencampuri urusan  Islam baik tanggalkan banner ini sebelum sesuatu perkara buruk yang  berlaku menimpa kepada MCA
Saya minta pihak MCA janganlah nak memandai-mandai mencapuri hal ehwal Agama Islam ini akan mengundang kecelakaan dan bala kepada MCA sendiri kerana menimbulkan kemarahan kepada masyarakat Islam nanti lain pula jadinya.

Kalau para pemimpin UMNO yang membuat bantahan mengenai undang-undang hukum hudud itu masyarakat Islam di negara ini mahupun di Sabah mereka tidak ambil kisah biarlah para pemimpin Islam sendiri yang menentukan hala tuju hukum hudud sama ada boleh dilaksanakan di negara ini atau sebaliknya.

Apa yang diperkatakan oleh saudara pengarang SFT Saimon S Jumadi  memang betul seharusnya pihak MCA tidak perlu tidak wajar mencampuri hal ehwal Islam khususnya mengenai hukum hudud.

Saya membicarakan hal ini lahirnya dari hati sanu bari saya dan saya ikhlas menjelaskan perkara yang sebenarnya agar MCA menanggalkan banner yang tergantung itu nanti menjadi kemaharan kepada umat Islam.

Terima kasih kepada pihak pengarang Free Sandakan Today kerana memberi sedikit ruang untuk saya mengeluarkan isi hati saya yang tersurat dan tersirat ini khususnya untuk membantu bagi penyelesaian dan kemelut MCA Penampang.

No comments:

Post a Comment