Monday, 19 May 2014

SILAT SENI GAYONG TERKENAL DI SELURUH NUSANTARA HARUS DIPELIHARA..... KATA MOHD FAIRUZ



Written by Admin
Monday May 19.2014




OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S  JUMADI


SANDAKAN:- Silat Gayong adalah diwarisi oleh rakyat di seluruh nusantara termasuk negara Malaysia yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang turun menurun khususnya di gagasan kepulauan Melayu.

Mempelajari silat gayong bukan saja merupakan bagi menimba ilmu seni mempertahankan diri bahkan mempelajari silat gayong juga menjurus mempelajari adap dan adat budaya orang-orang melayu supaya bersopan santun di samping terus menghidupkan silat gayong sebagai wana khazah warisan bangsa Melayu agar tidak mati  dik ditelan zaman.
Presiden Persatuan Silat Seni Gayong Nusantara Malaysia Dato Seri  Mohd Fairuz Khairuddin berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian  Gelanggang  Tokwan Rantau PGSSN 2014 yang diadakan di Dewan Serbaguna Taman Hiburan Jalil Alip baru-baru ini.
  
Katanya setiap ahli silat seni gayong harus menjaga tatatusila dan jadikan ilmu persilatan sebagai ilmu mempertahankan diri untuk melingdungi diri bila berdepan musuh yang tidak diundang tiba-tiba menyerang.

Sementara dalam ucapan alu-aluan Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong sebagai tetamu kehormat pada majlis itu telah diberikan kesempatan untuk memberi ucapan sepatah dua kata.

“Saya amat berbangga kepada para belia yang membababitkan  lelaki dan wanita yang begitu tekun untuk mempelajari silat seni Gayong sebagai ilmu untuk mempertahankan diri.” Katanya.

Katanya peranan dan tanggungjawan belia sebagai mewarisi kenesian silat Gayong peninggalan nenek moyong kita adalah satu usaha murni yang harus diambil perhatian oleh pihak-pihak tertentu.

“Inilah belia yang bertanggungkawab yang mempunyai pandangan dan wawasan jauh untuk mengetengahkan warisan moyong kita iaitu sila seni gayong terus dimertabatkan  dipersadah seni silat tanah air” katanya.

Dalam pada  itu seramai 20 orang ahli seni silat Gayong masing-masing menerima sandang (selempang) dan sijil wantikah daripada Presiden Persatuan Silat Seni Gayong Nusantara Malaysia Dato Mohd Fairuz Khairuddin.



No comments:

Post a Comment