Sunday, 25 May 2014

SISTEM BIROKRASI KETUA=KETUA JABATAN KERAJAAN BERI TENDER RAMAI KONTRAKTOR KECEWA




Written by Admin
Sunday May 25.2014

OLEH AZMIE AZMAN
FOTO SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Usaha murni  dan tindakan pihak kerajaan khususnya yang membabitkan  beberapa badan  dan agensi kerajaan seperti pihak Hospital Duchess of Kent Sandakan dan BERNAS bagi mengeluarkan tender secara terbuka satu usaha yang baik kerana ia menjurus memberi ruang dan peluang kepada kontraktor-kontraktor yang berkelayakan di daerah Sandakan.
Namun disebaliknya pula telah menjadi kemarahan juga kepada para kontraktor kerana tender yang telah dibuka sehinga lebih setahun tiada keputusan daripada kedua-dua jabatan  sama ada pihak Hospital dan BERNAS  ini yang mengelirukan para kontraktor terbabit.

Salah seorang kontraktor Bumiputera Haji Jakaria Palawong yang turut serta mengikuti tender di kedua-dua jabatan berkenaan berasa amat kecewa kerana macam diperbodoh-bodohkan  sudahlah  kontraktor yang ingin mengikuti  satu-satu tender diwajibkan membeli borang bukan saja merugikan wang ringgit bahkan masa banyak terbuang begitu saja namun hasil terkandas.


“Sepatutnya kalau pihak Hospital dan BERNAS belum mempunyai peruntukan untuk satu-satu projek yang bakal dilaksanakan tidak payah mengeluarkan tender lebih awal ini akan menyusahkan para kontraktor yang berminat untuk mendapatkan tender tersebut” ujar Hj Jakaria ketika menjelaskan perkara ini kepada Wartawan Portal Free Sandakan Today kelmarin.

“Terdapat beberapa hal yang perlu saya dedahkan agar rakyat dan para kontraktor tahu  apa yang telah berlaku ada sesetangah pegawai/pengarah di satu-satu jabatan kerajaan hanya memberi kelulusan terhadap satu –satu tender hanya diberikan kepada kroni-kroni atau kawan rapat mereka sahaja ini satu perbuatan yang tidak adil kepada kontraktor-kontraktor yang sepatuhnya dapat walaupun telah memetahui pelbagai syarat tetapi akhirnya kecundang juga sebab mereka bukanlah kroni-kroni kepada pengarah mahupun ketua-ketua jabatan kerajaan yang berkenaan” tegas Hj Jakaria lagi.

Tambahnya dengan timbul birokrasi atau pilih bulu maka ramai kontraktor  sering kecewa kerana atas sikap diskriminasi berlaku kepada para kontraktor bukan kroni.




No comments:

Post a Comment