Sunday, 25 May 2014

PERPADUAN DALAM UMNO HARUS DIPERKUKUHKAN DEMI MENJALINKAN HUBUNGAN BAIK...AMPONG



Written By Admin
Sunday May 25. 2014

OLEH: SAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Puyon menegaskan pentingnya perduan yang jitu dalam UMNO kerana ini akan mengukuhkan  dan mempertabatkan perjuangan UMNO terutama sekali bagi  menghadapi musuh-musuh politik yang sentiasa mahu memecahbelahkan perpaduan yang  sentiasa terjalin.

Katanya  soal krisis dalam parti ini sukar dielakan di mana-mana saja parti tidak kira parti pembangkang atau parti pemerintah pastinya timbul sedikit salah faham itu sudah jadi asam garam dalam kanca politik.

“Tetapi krisis dalaman  hanya buat sementara waktu saja lepas itu kita berbaik-baik  semula tidak harus diperpanjangkan ataupun diperbesar-besarkan ini akan menimbulkan perpecahan dalam kelompok bahtera UMNO sendiri.

Ampong berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat bulanan UMNO Sandakan yang dilangsungkan dipejabat UMNO Sandakan pagi kelmarin.

Katanya lagi dengan adanya system baru ini dimana Jawatankuasa Bahagian UMNO, Pemuda, Wanita dan Puteri di peringkat Bahagian dan cawangan yang dimestikan Mesyuarat ini menjurus  bagi mengemaskinikan dalam system pentadbiran yang lebih tersusun rapi disamping untuk membincangkan dalam pelbagai  sudut aspek khususnya yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti UMNO sendiri.

Turut hadir sama pada Mesyuarat tersebut ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong.





No comments:

Post a Comment