Wednesday 14 May 2014

MINUM SEPETANG BERSAMA NORAINI SULONG SEMPENA PROMOSI PRODUK DCL MERIAH



Written by Admin
Tuesday Mai 13.2014

OLEH: AZMIE AZMAN
FOTO: SAFFIE S JUMADI


SANDAKAN:- Majlis Minum Sepetang Bersama Pengerusi Koperasi Usahawan  Sandakan Berhad  Noraini Sulong  bersempena  promosi produk De Classic Life Global (DCL) yang diadakan di Ball Room disebuah hotel terkemuka di sini petang tadi dan melalui ceramah-ceramah yang telah disampaikan itu banyak memberikan ilmu tentang kejayaan seseorang yang menceburi dunia perniagaan langsung khusus produk DCL.

Noraini yang merupakan salah seorang  wanita yang telah berjaya dalam menceburi lapangan perniagaan yang boleh dicontohi oleh kaum-kaum wanita di Sandakan ini telah memberikan sedikit tips-tips menerusi ucapannya pada majlis tersebut.

Katanya kalau seseorang itu mahu berjaya sama ada dalam lapangan dunia perniagaan, dalam NGO dan juga dalam lapangan arena politik terpaksa terlebih dahulu  melalui beberapa perkara yang disifatkan sebagai kunci kejayaan antaranya.

Kecekalan Hati ini merangkumi sifat-sifat kesabaran, tabah, tidak mudah putus asa walaupun pernah beberapa kali kecewa, berani berdepan dengan pelbagai risiko dan rajin berusaha tanpa mengenal penat lela siang malam hujan dan panas.

Beliau menambah masyarakat  kaum bumiputera ramai yang sudah berjaya dan bergelar jutawan kerana menjual barangan produk DCL daripada bermodalkan RM40.000 sehingga mencecah ratusan  ribu ringgit  yang telah menembusi pasaran yang lumayan.





No comments:

Post a Comment