Tuesday, 20 May 2014

PEMIMPIN PKR KURANG SETUJU DAP PILIH DYANA CALON PARLIMEN TELUK INTAN?



Written by Admin
Tuesday May 20. 2014
  
OLEH: MOHD DZULKIFLIE ABDULLAH


PERAK:-  Ramai di kalangan para penyokong parti PAKATAN RAKYAT  di seluruh negara termasuk juga di Teluk Intan sendiri telah dikejutkan di mana  seorang ahli DAP telah dicalonkan sebagai calon pada Pilihanraya Kecil kawasan Parlimen Teluk Intan.
 
Walau bagaimanapun terdapat beberapa pemimpin dan penyokong PKR tidak begitu setuju bila mana Dyana Mohd Daud diletakan sebagai calon PAKATAN RAKYAT  daripada DAP untuk bertanding di Parlimen Teluk Intan.

 
 GAMBAR DYANA.... Adakah gambar ini hanya mirip wajah Dyana atau memang gambar sebenar Dyana

 
Menurut sebilangan ahli-ahli PKR yang tidak setuju tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Kit Sing yang meletakan Dyana sebagai calon di Teluk Intan walaupun DAP telah mengambil satu inisiatif meletakan seorang wanita Melayu sebagai calon tersebut tetapi ramai juga hali-ahli PKR tidak setuju, bagi PAS tiada masalah pula.


Pemimpin pertama dalam PKR yang menentang dan tidak setuju tindakan DAP meletakan Dyana sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat ialah anak perempuan Datuk Seri Anwar  Ibrahim iaitu Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lemba Pantai.

Katanya Dyana sebelum ini banyak buat karenah dan telah menjatuhkan maruah orang Melayu  dan juga maruah agama Islam kerana berpakaian yang tidak sopan membuka aurat sebagai seorang muslimah.


Memang tidak dinafikan terdapat banyak gambar-gamba Dyana yang menjulok mata yang menggairah hawa nafsu lelaki  yang berpakai ala perempuan barat inilah yang mungkin menjadikan kemarahan  kepada umat Islam, kita tidah tahu sama ada gambar yang berpakaian bikini itu adalah mirip wajah Dyana atau memang Dyana yang sebenarnya kini telah menjadi satu teka teki, atau memang disengajakan untuk men jatuhkan maruah Dyana.
  
Dengan berpakaian Dyana seperti yang didakwa oleh para pemimpin Pakatan Rakyat kini telah menjadi isu dan propaganda kempen pilihanraya kecil di Teluk Intan, apa lagi UMNO/BN kini telah mempunyai senjata yang sedia ada untuk menghentam habis-habisan calon Pakatan Rakyat daripada DAP.

Apapun ini semuanya berganung dan  terpulang kepada  kebijaksanaan para pengundi  itu sendiri di mana tanggal 31 Mei 2014 adalah tanggal keramat untuk menentkan  sama ada calon BN dan Pakatan Rakyat berjaya  untuk membolot kerusi Parlimen Teluk Intan atau kekal menjadi milik Pakatan Rakyat atau jatuh ketangan BN.

1 comment:

  1. Saya tidak setuju dengan pemimpin2 PKR kerana membantah Dyana Sofya menjadi calon, mungkin mereka belum tahu yang Foto Bikini itu sudah dibuktikan bukan Dyana tetapi Pelakon Filipina Pauleen Luna.

    ReplyDelete