Thursday, 29 May 2014

Dyana sifatkan Sultan Perak lambang perpaduan

By ADMIN

 | May 29, 2014
Beliau diiringi Pengerusi Pakatan Rakyat Perak merangkap Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Perak (Dun), Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
dyana sofya 




DYANA PASTINYA BAKAL MP TELUK INTAN.....Calun muda berwawasan
KUALA KANGSAR:-  Calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud pagi ini turut berada di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Sultan Perak Paduka Seri Sultan Azlan Shah.
Beliau diiringi pimpinan Pakatan Rakyat diketuai oleh Pengerusi Pakatan Rakyat Perak merangkap Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Perak (Dun), Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
Terdahulu, Dyana dalam satu kenyataan menzahirkan merafak sembah takziah atas kemangkatan baginda.
Beliau menyifatkan Almarhum Tuanku adalah lambang perpaduan dan persaudaraan bagi rakyat Perak.
“Patik dengan dukungan pimpinan dan ahli DAP serta rakan-rakan Pakatan Rakyat berdoa agar Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Tuanku
“Semoga Allah SWT menempatkan baginda di kalangan orang soleh dan bertakwa,” katanya.
Semalam juga Pakatan Rakyat turut mengumumkan pembatalan segala aktiviti kempen PRK tersebut sehingga selesai majlis pemakaman Almarhum  Sultan selesai.

No comments:

Post a Comment