Thursday, 29 May 2014

KENAPA RAMAI MASYARAKAT DI NEGARA INI BENCIKAN PERKASA (IBRAHIM ALI)?





Written by Admin
Thursday 29 MAY 2014


SOROTAN SEPINTAS LALU UNTUK PERKASA

SAIMON S JUMADI



SEJAK akhir-akhir ini ramai masyarakat sama ada mereka terdiri daripada kaum Cina, India, Bumiputera (Kadazan-Dusun dan Murut kalau di Sabah) Iban,Bidayu Melanau, Dayak dan sebagainya (kalau di Sarawak) dan termasuk juga 60 peratus masyarakat Melayu  ternyata  menolak PERKASA yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali sebagai orang nombor satu (Presiden) dalam NGO itu.



Saya sempat bertanya beberapa orang  sama ada dari kaum Cina, India dan bumiputera Islam dan bukan Islam  banyak-banyak badan NGO di negara ini termasuk di Sabah hanya satu saja badan NGO iaitu PERKASA kamu tolak apa alasan dan apa sebabnya yang menjadikan kamu terlalu benci dengan PERKASA termasuk sekali Presidennya.





Apa jawab mereka PERKASA 20 tahun yang dulu tidak sama PERKASA pada hari ini PERKASA dulu bukan juga terlalu baik ataupun digelar jahil tetap mempunyai  kesedarhanaan dalam perjuangan dan mempunyai landas-landasan tertentu tidak keterlaluan  atau yang disebut racist.



Timbulnya sikap jahil Ibrahim Ali sebagai Presiden PERKASA bilamana beliau (Ibrahim Ali) tewas pada pilihanraya umum ke 13 lalu (PRU-13) di parlimen Pasir Mas Kelantan.

NIAT JAHAT....PERKASA gagal mahu membakar gereja



           TAPI berjaya membakar bible dan patung paderi


Ekoran daripada kekalahannya sikap Ibrahim Ali jadi ganas, mulutnya jadi bacul (ngomong sembarang)  daya pemikirannya jadi sempit sesempit Liang Lahat (Lubang Kubur)  suka mengeluarkan kenyataan atau sentiment yang berbaur hasutan menyinggung perasaan orang lain suka menyentuh bangsa dan agama orang lain.



Apabila Ibrahim Ali membuat satu-satu perkara yang boleh mencetuskan huru hara dan boleh menimbulkan satu pergaduhan besar antara antara kaum A kaum B danb kaum C dan tiada sesiapa yang mahu membuat teguran terhadap kelakuan yang mereka hanggap biadap atau kurang ajar tambahan pula pihak kerajaan khususnya pihak polis enggan mengambil sebarang tindakan walaupun perbuatan Ibrahim Ali  boleh mengancam keselamatan negara disinilah mulanya masyarakat terus menganggap bahawa perbuatan yang dilakukan oleh Ibrahim Ali telah didalangi oleh orang-orang tertentu atau badan-badan politik tersebut.



Pelbagai pesipsi atau tanggapan  negative  main diminda masyarakat  ekoran daripada sikap Ibrahim Ali jadi angkuh, sombong, temberang,ego dan naik tocang sebab apa yang dilakukannya tiada sesiapa dalam negara ini berani menegur erti kata lain Ibrahim Ali kebal dengan undang-undang.



Contohnya bilamana Ibrahim Ali guna nama PERKASA menyuruh kepada para pengikutnya atau kuncu-kuncunya membakar gereja  gara-gara marah dimana Kristian mengunakan Kalimah Allah mujurlah juga ahli-ahlinya itu masih berfikiran waras  dan tidak jadi membakar gereja sendainya ini terjadi bukan menimbulkan kekacauan dan rusuhan kaum di negara sendiri.



Niat Ibrahim Ali dan PERKASA tidak kesampaian untuk membakar gereja  tetapi pula berjaya membakar patung paderi dan bible inipun main biar saja tiada tindakan diambil.



Rentetan daripada perbuatan jahil ala setan ini Ibrahim Ali dan PERKASA terus mendapat kutukan bertubi-tubi daripada pelbagai masyarakat kerana perbuatannya benar-benar menjadi kemarahan masyarakat majmuk di negara ini yang cintakan kedamaian dan kemakmuran.



Antaranya suka memaki hamun bangsa Cina dan India dan anti pula kepada para penganut Kristian inilah agenda sebenar PERKASA dan Ibrahim Ali, kita tidak nampak apa impak dalam perjuangan PERKASA konon mahu membantu orang-orang  Melayu dalam pelbagai sudut  aspek apa kekuatan PERKASA adakah PERKASA  kental  dan mempunyai sumber kewangan  (dana) yang kukuh



Kalau sekadar terpekik terlolong melalak macam anjing menyalak (menggonggong) bukit ini adalah peranan utama PERKASA.



Bila dilihat dari kacamata ajaib orang-orang yang menjadi ahli atau pemimpin sama ada diperingkat parlimen ini sebenarnya kebanyakan orang-orang yang telah  kecewa dalam arena politik sama ada mereka disingkir daripada UMNO, PAS dan PKR jadi PERKASA adalah tempat sandaran untuk menumpang memperpolaritikan  diri masing-masing dimata awam.



Dicadangkan para pemimpin politik di negara ini tidak kira daripada kerajaan BN kerajaan Pakatan tegur-tegurlah sedikit perangai yang tidak senonoh Presiden PERKASA itu  bukan main biar begitu saja ituah dia semakin menjadi-jadi besar kepala dalam hatinya apa aku perduli apa yang aku buat selama ini baik UMNO kah PKR kah dan PAS main tutup mata saja tiada sesiapa yang menegur aku.

Sampai bila masyarakat terus membencikan PERKASA mungkin tunggu Ibrahim Ali turun dari takta kerusi Presiden PERKASA baru orang pandang semula perjuangan PERKASA yang sebanarnya bukan mencerca memakin hamun atau menghasut.

Carilah pemimpin PERKASA  orang  yang sedarhana sikapnya  ada pengaruh disukai oleh semua bangsa tidak kira siapa mereka jangan racist macam Ibrahim Ali Insya Allah PERKASA akan jadi PERKASA 20 tahun yang dulu kalau mahu benar-benar memperjuangkan hak  bangsa Melayu dalam pelbagai sudut aspek saya yakin bila ada perubahan dalam system dan arus pentadbiran yang jitu ramai masyarakat akan memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi.













No comments:

Post a Comment