Monday 19 May 2014

WANITA UMNO SANDAKAN HARUS SOKONG KEPIMPINAN KETUA BAHAGIAN.....NORAINI SULONG



Written by Admin
Monday May 19.2014


OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI

 

SANDAKAN:- Pergerakan Wanita UMNO yang merupakan  tulang belakang  kepada UMNO Bahagian harus menggembling tenaga untuk meningkatkan dan memantapkan perjuangan UMNO dipersadah politik tanah air.
  
“Yang penting  ahli wanita  UMNO sama ada di  akar umbi, peringkat cawangan dan Bahagian harus bersatu dan berganding bahu antara satu sama lain demi mewujudkan siratulrahim dan perpaduan yang jitu.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong berkata demikian ketika berucap dimajlis Mesyuarat serentak Cawangan Wanita dan Pemuda UMNO Cawangan Kampung Berhala Laut Sim-Sim  malam kelmarin.
  
Kata Noraini  sebagai ahli UMNO yang setia harus menyokong kepimpinan Ketua Bahagian dan tiada gunanya kita dalam satu parti, satu matlamat, satu agenda satu Presiden terus bertelaga semasa sendiri ini akan  mencetuskan perbalahan yang tiada penghujungnnya.

“Saya sebagai Ketua Wanita UMNO Sandakan akan melakukan yang terbaik untuk meneruskan agenda perjuangan UMNO apapun kerjasama sama daripada semua Wanita UMNO Sandakan amat diperlukan demi melicinkan segala aktiviti-aktiviti yang sedang dan akan dilaksanakan khususnya untuk membantu palbagai aspek kepada wanita UMNO” ujarnya.






No comments:

Post a Comment