Tuesday, 6 May 2014

SAMSUDIN LAWAT SUNGAI SEGALIUD TERCEMAR MINTA JAS AMBIL TINDAKAN TEGAS



Written  by Admin
Tuesday May 06.2014
   
OLEH: SAIMON S JUMADI


SEKONG:- Tindakan yang tidak bertanggungjawan pihak Kilang Kelapa Sawit  Prolifik yang melakukan pembuangan sisa-sisa terus kedalam sungai Segaliud telah mencemarkan sungai tersebut dan ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada orang ramai dari aspek kesihatan.



TINJAU...Samsudin periksa air Sungai Segaliud tercemar





Sungai Segaliud adalah tadahan sumber membekal air utama ke seluruh daerah Sandakan dan akibat sisa-sisa buangan daripada kilang yang berhampiran air sungai tersebut telah tercemar oleh pelbagai kekotoran.

  




 AIR KOTOR TERCEMAR .....sebagai sumber utama bekalan air ke seluruh daerah Sandakan


 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya setelah dimaklumkan oleh para penduduk Kampung Segaliud bergegas melawat ketempat berkenaan bersama Pegawai Alam Sekitar Daerah Sandakan, Pegawai Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan bersama para penduduk kampung berkenaan terbabit.

 

Dalam tinjauan  itu, Samsudin bersama pegawai Alam Sekitar telah dibawa  ketebing sungai berkenaan dan mereka telah menyaksikan sendiri keadaan air sungai tersebut yang seolah-olah air kumbahan (pelacaan)  air longkang bukan saja kotor bahkan berbau busuk.



Katanya Jabatan Alam Sekutar agar mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kilang tersebut khusus Ladang Sawit Prolifik kerana telah melakukan pencemaran keatas sungai yang merupakan sumber utama untuk membekal air keseluruh daerah Sandakan.



“Pihak kerajaan tidak boleh bertolak ansur atas perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu kerana ini akan membinasa kepada manusia apabila terus menggunakan air kotor tersebut yang diambil dari sungai berkenaan yang tercemar itu” tegasnya.



Dalam pada itu semua penduduk Kampung Segaliud mengucapkan ribuan terima kasih kepada ADUN Sekong (Samsudin) kerana benar-benar  prihatin kepada masalah rakyat inilah seorang pemimpin berjiwa rakyat yang terus disokong untuk selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment