Monday, 19 May 2014

SAYANGILAH IBU-IBU KITA SELAGI MEREKA MASIH ADA......KATA NORAINI SULONG

Written by Admin
Monday May 19.2014


OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO: SURIANAH  S JUMADI

  
ELOPURA:- Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong berkata Hari Ibu di sambut setiap tahun di seluruh dunia termasuk negara kita ia bertujuan adalah untuk mengingati jasa bakti seseorang ibu sama ada mereka masih dihidup mahupun yang sudah lama meninggal dunia.
  
Bagi mereka yang masih mempunyai ibu sayangilah mereka hormat kepada ibu kerana kalau bukan ibu siapalah kita, peranan ibu bukan setakat hanya mengandung dan melahirkan kita tetapi peranan ibu memelihara kita sejak bayi lagi sehingga dewasa kita dibelai dan dimanjakan oleh ibu  mendidik kita sehingga kita jadi orang yang pandai.

Noraini Sulong berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Malam Gemilang sempena sambutan Hari Ibu anjuran Wanita Wawasan Taman Mesra malam tadi.
  
“Wanita yang bergelar ibu sanggup membanting tulang semata-mata hendak menyara hidup anak-anak mereka sama ada mereka ditinggalkan suami (cerai Hidup) atau ibu-ibu yang ditinggalkan  kematian suami jadi kita sebagai anak jangan terlalu memandang rendah jasa-jasa ibu yang pernah membesarkan kita tanpa bapa  dan kita harus menghargai sumbangan itu selagi ibu kita masih bernafas dimuka bumi ini sayangilah mereka” ujarnmya.



No comments:

Post a Comment