Sunday 4 May 2014

KUKUHKAN PERPADUAN WANITA UMNO SANDAKAN DEMI BANGSA,AGAMA DAN NEGARA......TEGAS NORAINI SULUNG



Written by Admin
Sunday  May  04.  2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI


SANDAKAN:- Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong menasihatkan kepada ketua-ketua Wanita Cawangan UMNO Zon Elopura dan Zon Tg Papat supaya saling bekerjasama antara satu sama lain demi mengkukuhkan perpaduan dalam parti khususnya dalam menegakkan perjuangan UMNO yang jitu.

“Kita khususnya Wanita UMNO yang merupakan tulang belekang perjuangan UMNO Bahagian  harus menunjukkan keikhlasan kita membantu untuk mengekukuhkan perjuangan UMNO yang merupakan jentera penggerakan nadi pentadbiran yang lebih effesyen dan kemaskini.

Noraini berkata demikian ketika mempengerusi kedua-dua Mesyuarat Ketua-Ketua Wanita UMNO peringkat cawangan dan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Sandakan yang diadakan berasingan di pejabat Bahagian UMNO Sandakan pagi tadi.

“Tiada gunanya kita sesama dalam parti seperjuangan terus bersengketa tiada kesudahannya  ini akan membantutkan segala aktiviti-aktiviti yang bakal dan sedang dirancang apa yang penting kita lupakan semua hal yang lalu kita bina semula perpaduan yang kuat demi UMNO demi bangsa dan agama” tegasya.

Noraini rasa amat gembira dengan  kehadiran ketua-ketua cawangan Wanita UMNO yang begitu ramai sekali ini diluar jangkaan  ini membuktikan kepimpinan Noraini Sulong untuk menerajui Pergerakan Wanita UMNO Sandakan semakin hari kian mendapat sokongan padu yang tidak berbelah  bagi.


No comments:

Post a Comment