By Admin
Saturday May 31.2014
OLEH: RICHARD K T TEO
RAMAI DAKWA....Subramaniam mempunyai kepentingan dengan Syarikat Cadbury kerana coba mempertahankan SPRM tangkap menteri ini jalankan siasatan terperinci
SELANGOR:- Jaringan Melayu
Malaysia (JMM) berasa amat hairan mengapakah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr
S. Subramaniam mengeluarkan kenyataan semalam mengatakan bahawa JMM boleh
menyaman Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan di
dalam isu kandungan porcine (babi) di dalam coklat Cadbury, Coklat Susu dengan
Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam
(Cadbury Dairy Milk Roast Almond).
Menurut Presidennya, Azwanddin Hamzah, mengapakah Subramaniam tidak
menyuruh JMM menyaman Syarikat Confectionery Malaysia Sdn Bhd (Cadbury) selaku
kilang yang mengeluarkan coklat tersebut.
“Bukanlah Jakim atau Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam
pengeluaran coklat Cadbury ini, dan bukanlah juga Jakim dan Kementerian
Kesihatan yang membuat keuntungan dari penjualan coklat ini,” katanya dalam
satu kenyataan.
Beliau menyoal bagaimanakah Subramaniam boleh tampil ke hadapan untuk
mempertahankan syarikat Cadbury ini dan bukannya Kementerian Kesihatan.
“Perkara ini amat ganjil apabila seorang menteri boleh menjemput orang
ramai untuk menyaman Kementerian Kesihatan iaitu kementerian beliau sendiri,
sedangkan kesalahan dilakukan oleh Syarikat Cadbury,” katanya.
Katanya lagi, Subramaniam perlu memperjelaskan di mana kepentingan
sebenar beliau dalam isu ini.
“Sedangkan beliau yang sepatutnya melihat kepada kepentingan rakyat dan
bukannya kepada Syarikat Cadbury,” dakwanya lagi.
Beliau menyentuh dalam masa yang sama Subramaniam berkata, kemungkinan
berlakunya pencemaran.
“Jika pencemaran boleh berlaku bermakna juga coklat Cadbury ini
adalah amat berbahaya kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku dan mungkin
juga mengandungi racun,” katanya lagi.
Dakwanya lagi, sebarang kemungkinan yang tidak diingini akan juga boleh
berlaku.
“Jika pencemaran ini boleh dijadikan alasan, bagaimanakah ia boleh
mendapat status Halal?” soalnya.
Katanya, JMM melihat kemungkinan Subramaniam juga tidak memahami asas
pemakanan Halal.
“JMM juga menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
boleh membuat pemantauan tentang proses siasatan ini dan mengumpulkan maklumat
dari orang Islam,” katanya.
Azwanddin menambah bagi pihak JMM, kami akan terus menyaman Syarikat
Cadbury dan akan mengumpulkan masyarakat Islam yang telah ditipu oleh Syarikat
Cadbury.

Soal halal dan haram ini
bukan perkara kecil atau mempersenda-sendakan ini perkara serius umat islam di
Malaysia boleh memberontak kemumngkinan timbul huru hara, nyata kalau di
Indonesia sudah pastinya kilang Cadbury dibakar tanpa rasa belas kesihahan sekaligus
dengan tetetuannya (pemiliknya rentung)
No comments:
Post a Comment