Thursday 8 May 2014

DAP membuat laporan polis ke atas Presiden ISMA

By Admin

 | May 8, 2014
Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong menuntut pihak polis melakukan siasatan segera ke atas satu kenyataan berbentuk hasutan perkauman oleh Abdullah Zaik ke atas kaum Cina.
Isma president Abdullah Zaik Abdul Rahman 





SAMA PERANGAI.....Abdullah Zaik dan Ibrahrim Ali suka maki-maki Cina India dan anti Kristian 
SEREMBAN:-  Pemuda DAP membuat satu laporan polis ke atas Presiden Ikatan Muslim Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman, di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Seremban petang semalam.
Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong dalam laporan polis beliau menuntut pihak polis untuk melakukan siasatan segera ke atas satu kenyataan berbentuk hasutan perkauman oleh Abdullah Zaik ke atas kaum Cina.
Teo yang juga merupakan ahli parlimen Rasah berkata kenyataan tersebut disiarkan oleh laman web isma.net pada 06 Mei 2014 dan dipetik oleh laman portal Malaysiakini juga pada tarikh yang sama.
Dalam kenyataannya, Abdullah Zaik menyatakan dengan jelas bahawa ‘Orang Cina datang ke negara ini bersama penjajah British sebagai penceroboh’.
“Kata ‘penceroboh’ ini jelas sekali digunakan untuk membangkitkan perasaan kebencian rakyat Malaysia ke atas kaum Cina seolah-olah kaum Cina itu penjenayah yang boleh disamakan dengan penceroboh Sulu,” kata Teo.
Teo berkata Abdullah Zaik dengan jelas mempersoalkan kerakyatan kaum Cina sebagai warganegara yang sah, ‘Siapa yang bagi mereka hak kerakyatan dan kekayaan sehingga hasil pencerobohan mereka dilindungi sampai hari ini?
“Kenyataan ini juga jelas menunjukkan niat Abdullah Zaik untuk mempersoalkan perlembagaan Malaysia yang telah mengiktiraf kerakyatan semua kaum di Malaysia,” ujar Teo.
Tuduh Cina buli  Melayu
Teo menambah bahawa Abdullah Zaik juga dengan terang-terangan menuduh bahawa kaum Cina membuli kaum Melayu. “Itu semua perbuatan British yang bersekongkol dengan Cina menindas dan membuli orang Melayu,” kata presiden Isma sebagaimana laporan tersebut.
“Keterangan ini sekali lagi ingin meniup api perkauman rakyat Malaysia untuk membenci dan mengancam kaum Cina
“Kesemua kenyataan-kenyataan ini sungguh beracun yang boleh mendatangkan ketegangan kaum dan mengundang hal-hal yang berbahaya terhadap keharmonian rakyat Malaysia.
“Justeru kami mendesak siasatan yang segera, adil dan tanpa prejudis dijalankan demi memastikan kenyataan hasutan kebencian ini dapat dicegah dari dipergunakan oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab.
“Memandangkan kenyataan yang dibuat Abdullah Zaik tersebut telah melaga-laga hubungan di antara kaum Cina dan Melayu, saya ingin meminta polis menyiasat kenyataannya di bawah Seksyen 4 di bawah Akta Hasutan, Seksyen 298 dan 298 (a) dan 504 di bawah Kanun Keseksaan,” kata Teo.

No comments:

Post a Comment