Friday, 2 May 2014

LEBIH 50 PENDUDUK BATU SAPI DEMONTRASI KUTUK JKR GAGAL SIAPAKAN PEMBINAAN JALAN RAYA


 

Written  by Admin
Friday May 02.2014


OLEH: SAIMON S JUMADI





BATU SAPI:- Ekoran kegagalan pihak kerajaan khususnya Jabatan Kerja Raya bagi menyiapkan sepenuhnya pembinaan Jalan Raya Batu Sapi yang melibatkan Jalan Flat MPS Karamunting, Kampung Sundang dan Taman Poh Hing khususnya di kawasan Batu Sapi telah menimbulkan kemarahan penduduk setempat kerana rasa tidak puas hati.

Lebih 50 orang penduduk yang membabitkan tiga tempat yang dimaksudkan telah mengadakan demontrasi secara aman bagi menyuarakan kepada pihak kerajaan bila kah boleh siap sepenuhnya pembinaan jalan tersebut kerana para penduduk sudah tidak tahan saban hari makan debu (habuk) jalanan dan ini telah memudaratkan  beberapa mpenduduk yang  telah dihidapi pelbagai wabak penyakit.

Ketua PAS Bahagian kawasan Batu Sapi Hj Hamza Hj Abdullah telah mengetuai demontrasi aman itu untuk meminta penjelasan daripada kerajaan bila agaknya jalan raya tersebut dapat disiapkan  sepenuhnya.

“Yang saya kesal sudahlah pembinaan Jalan tersebut tidak pandai siap selama-lamanya ditambah  pula karenah  pihak kontraktor menyiram debu (habuk) setiap hari mereka telah menggunakan air najis yang dipam dari parit, mereka langsung tidak tahu apa  kesan dan risikonya kepada masyarakat setempat bilamana air kotor air najis digunakan untuk menyiram debu jalanan” tegasnya.

Katanya lagi kos projek RM25 juta untuk pembinaan Jalan Raya Batu Sapi bukan jumlah yang kecil tetapi dari segi kualiti pembinaan jalan raya tidak sampai dua tahun begitu mudah rosak ini akibat kerakusan ketamakan dan seraka pihak kontraktor yang mahu mengaut keuntungan 70 peratus dari hasil projek tersebut.

Selain itu juga mereka bantah GST yang mana kerajaan BN akan menguatkuasa GST pada awal tahun 2015 ini yang dianggap akan memebebankan rakyat dan bagi ahli-ahli BN/UMNO tidak mempunyai masalah walaupun harga barang melambung hingga 80 peratus kerana wakil-wakil rakyat  telah menanggung segala perbelajaan rakyatnya   kepada kroni-kroninya boleh di katakan mereka setiap bulan dibekalkan beras dan sebagainya

Tetapi kami para penyokong pembangkang  sudahlah miskin hidup  melarat makanpun susah ditambah beban lagi dengan kewujudan  GST nanti" Jelas seorang penduduk Kg Sundang yang dikenali sebagai Ahmad

No comments:

Post a Comment