13 0 0 17
By Admin
Friday Mai 16.2014
PAS berharap
Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dapat melaksanakan tanggungjawab
dengan sebaik mungkin demi kesejahteraan rakyat


Pesuruhjaya PAS negeri Satiful Bahri Mamat berkata PAS Terengganu
turut berharap Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dapat
melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
“Tahniah kepada Ahmad Razif atas amanah dan kepercayaan yang
diberikan kepada beliau dan PAS Terengganu sedia memberi kerjasama kepada
beliau dalam memastikan kelancaran pembangunan di negeri ini.
“PAS Terengganu juga mahu beliau membuat penilaian semula terhadap
projek pembangunan sedia ada, sama ada menangguh atau menghentikannya agar
projek yang dijalankan itu benar-benar memberi manfaat kepada rakyat,”
katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.
-Bernama
-
No comments:
Post a Comment