Written by Admin
Sunday May
04.2014
OLEH: SHAIMON S
JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI
LIBARAN:-
Menurut laporan rasmi oleh salah seorang pekerja menjaga tandas awam yang terletak di tingkat 1 Pasar Batu 8 Jalan
Labuk dekat sini bahawa kerosakan tandas
awam yang dialami itu sudah lebih tujuh
(7) bulan sehingga ke hari ini belum dibaiki.
Laporan
sudahpun dibuat berkali-kali kepada pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) tetapi tiada tindakan diambil sehingga
kerosakan tersebut menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna kerana tidak
tahan dengan bau busuk wab najis yang menembusi keruang gerai-gerai
berhampiran.
Ahli
Parlimen kawasan Sandakan Stephen Wong yang secara kebetulan mengadakan program “Turun
Padang Kami Berkhidmat” bersama pegawai dan kakitangan Pejabat Parlimen Sandakan (DAP) yang diadakan
dipenjuru Pasar Batu 8 yang bermula dari jam 7 hingga jam 11 pagi tadi telah
banyak menerima pelbagai aduan yang berkaitan permasalahan rakyat termasuk
aduan kerosakan tandas tersebut.
Dalam
pengendalian program tersebut Wong tidak
keseorangan ia ditemani oleh mantan calun DUN Tanjung Papa Frankie Poon, mantan
calon DUN Elopura George Hiew, Pegawai Khas 1 dan II Amsi Liew dan Dayang
Zubaidah Datu Tahil dan kerani pejabat Siti Fairos.
Wong
berkata semua laporan yang diterima daripada penduduk setempat direkodkan dan
akan di sampaikan kepada pihak-pihak yang berwajib melalui surat rasmi pejabat
Parlimen.
No comments:
Post a Comment