Thursday 1 May 2014

NORAINI PENGERUSI PELAKSANA PERTANDINGAN TARIAN DALING-DALING UNTUK SANDAKAN FESTIVAL 2014



Written by Admin
Thursday  May 01.2014


OLEH: SAIMON S JUAMDI
FOTO: SAFFIE S JUMADI


SANDAKAN:- Sempena sambutan perayaan Sandakan Festival  2014  pada  14 dan 15 Jun ini  Persatuan Kebudayaan  dan Kebajikan  Bajau (SAMA)  Sandakan (PKKBS) telah diberikan satu penghormatan oleh badan Jawatankuasa Induk sambutan perayaan itu khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk menganjurkan Pertandingan Tarian Tradisional Daling-Daling sebagai pengisian program itu nanti.

Presiden PKKBS Datuk Haji Alipudin KK Hj Puyon ketika ditemui oleh Free Sandakan Today pagi tadi menjelaskan ini adalah kali keempat  persatuannya menganjurkan pertandingan  seumpama itu.

Katanya  lagi Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan yang juga selaku jawatankuasa PKKBS Noraini Sulong juga telah diberikan penghormatan oleh Jawatankuasa Tertinngi PKKBS  melantik Noraini sebagai Pengerusi Pelaksana Pertandingan Tarian Daling-Daling itu.

“Kami telah memberikan kepercayaan penuh terhadap Noraini  sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana anjuran ini  atas kapasiti dan kemampuannya untuk melaksanakan tanggungjawabnya untuk menjayakan penganjuran tarian tersebut  sebagai sanpatan  majlis sambutan Sandakan Festival” ujar Alipudin.


“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Presiden PKKBS dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi PKKBS kerana telah memberikan kepercayaan penuh terhadap diri saya  sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Tarian Kebudayaan Bajau untuk program Sandakan Festival ini.

“Kepercayaan yang diberikan itu  saya tidak akan sia-siakan begitu namun saya akan buktikan kemampuan saya untuk menjayakan program ini seperti yang telah diamanahkan dan saya mohon juga kerjasama daripada semua AJK PKKBS amat diperlukan demi menjayakan program tersebut” ujar Noraini

No comments:

Post a Comment