Saturday 31 May 2014

Bahasa Banjar dan Jawa digunakan berkempen di Teluk Intan

 493 2 1 498

By Admin

 | May 31, 2014
Ahmad Maslan dan Husni berkempen dalam bahasa Banjar manakala Ahmad Zahid Hamidi berkempen dalam bahasa Jawa
zahid hamidi 




 BAHASA JAWA.......Zahid.....Wong  Jowo di Teluk Intan enggak usah lali undi karuh BN aku ngerti wong Jowo karuh wong banjar neng Teluk Intan pasti neh undi karuh BN ayuh bareng-bareng tangi

TELUK INTAN: PRK Teluk Intan pada 31 Mei ini agak menarik kerana DAP meletakkan calon Melayu manakala BN meletakkan calon Cina.
DAP mempertaruhkan Dyana Sofya untuk mendapatkan undi di kawasan Cina manakala BN yang meletakkan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong mencari undi di kawasan Melayu kerana majoriti Melayu yang menyokong Umno akan mengundi calon BN walaupun calon itu adalah orang Cina.
BN tidak nampak ada harapan untuk mendapatkan undi orang Cina sebab itu jentera BN menumpukan kempen mereka di kawasan Melayu.
Majoriti pengundi Melayu adalah orang Banjar dan Jawa maka dailek Banjar dan Jawa digunakan sepanjang kempen.
Di kalangan pengundi Melayu dari suku Banjar misalnya, BN telah menggunakan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang mempunyai darah Banjar untuk berkempen dan bertemu dengan komuniti itu.
Ahmad Husni yang dikatakan mempunyai darah Banjar dari sebelah neneknya yang berasal daripada Bagan Serai, Perak memang didapati boleh berkomunikasi dalam bahasa itu, begitu juga dengan Ahmad Maslan daripada Benut, Johor yang kedua-dua ibu dan bapanya daripada suku Banjar.
Pengundi-pengundi di Kampung Banjar dan Sungai Tungku misalnya telah didatangi oleh kedua-dua pemimpin tersebut yang bercakap dalam bahasa Banjar.
Di kalangan suku Jawa pula, peranan yang sama dimainkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memang diketahui berketurunan Jawa daripada Bagan Datoh, Perak.
Beberapa kelompok komuniti Jawa di sekitar Batak Rabit telah pun menerima kunjungan Menteri Dalam Negeri itu di mana beliau bercakap dan berkempen dengan mereka menggunakan bahasa Jawa bagi menunjukkan keakrabannya.

No comments:

Post a Comment