Friday, 23 May 2014

KERUSI PARLIMEN BUKIT GELUGOR DAN TELUK INTAN DIRAMAL JATUH SEMULA KETANGAN DAP



Written by Admin
Friday May 23.2014


RENUNGAN  ANALISIS POLITIK SEMASA  BERSAMA  PENGARANG FST
SHAIMON S JUMADI


RAMAI yang meramalkan bahawa kedua-dua calon daripada PAKATAN RAKYAT yang diwakili oleh parti DAP sama ada di kawasan Parlimen Bukit Gelugor mahupun di kawasan  Parlimen Teluk Intan yang menampilkan  calon muda iaitu Dyana Sofea  Daud  pada pilihanraya Kecil ini  akan memperoleh kejayaan besar dalam merebut semula kedua-dua kerusi parlimen itu yang sememangnnya milik DAP (Palatan Rakyat).

Kenapa mereka begeitu yakin bahawa  kedua-dua calon tersebut bakal menggondol kedua-dua kerusi Parlimen Bukit Gelugor dan Teluk Intan ini terdapat banyak faktor sebagai senjata dan propaganda untuk menentangkan kerajaan yang ada sekarang.

Isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang yang boleh menyamarakan  pengundi terutama sekali golongan muda yang berpendidikan tinggin tidak kira siapa mereka sama muda generasi  datangnya  daripada masyarakat Cina, India dan juga Melayu mengenai tidak ketelusan pentadbiran kerajaan sekarang telah banyak hal-hal yang berlaku GST itulah punca utama rakyat di negara ini marah kerana  kos sara hidup semakin meningkat mungkin bagi golongan kelongmerad (tycoon) tidak bermasalah bagaimanapun harga barang meningkat.

Faktor kedua negara Malaysia begitu muda dicabuli atau diceroboh oleh orang asing seperti pencerobohan pengganas di Pulau Tg Labian, Kampung Tanduo Lahad Datu dan kes penculikan di kepulauan Semporna semakin menjadi-jadi walaupun kerajaan telah menubuhkan Esscom tapi mudah dibolosi.

Mereka juga berpendapat sekiranya pada PRK  ini  di kedua kawasan parlimen itu dimenangi oleh calon-calon daripada pembangkang ini  satu gambaran jelas menunjukkan pada pilihanaraya umum ke 14 (PRU-14)  Pakatan Rakyat akan memperoleh kejayaan dengan mendapat mejoriti besar  dalam memenangi beberapa kerusi  sama ada di kawasan DUN mahupun Parlimen yang ditandingi oleh calon-calon bukan Melayu khususnya komponen Barisan Nasional (BN).
  
Kebarangkalian parti-parti daripada komponen BN seperti MIC, MCA dan Gerakan  ramai yang kecundang kalau menang sekalipun mungkin hanya satu dua kerusi sahaja.

Parti UMNO masih kuat untuk orang-orang Melayu kita tidak boleh menafikan sebab semangat orang-orang Melayu masih kental kerana UMNO adalah satu-satu parti melayu yang membela nasib bangsa Melayu dan agama Islam.

Contohnya di Sabah kawasan-kawasan Parlimen mahupun DUN yang wakili oleh UMNO mungkin kekal tetap menjadi hak milik UMNO tetapi bagaimana parti-pari komponen BN seperti LDP, PBS, PBRS UPKO kerana ahli-ahlinya 100 peratus adalah  orang Kadazan Dusun dan Murut  begitu juga LDP 100 peratus ahli-ahlinya orang-orang cina adakah mereka masih menyokong  kerajaan BN bila sampai masanya PRU 14 nanti.


Sebagai contoh terdekat di   Sabah bukan juga semua  masyarakat Bumiputera Islam menyokong dasar-dasar kerajaan BN ramai juga yang menjadi Ahli Pakatan Rakyat seperti PAS, PKR dan DAP apa-apapun kita kena sama-sama tunggu pada PRU 1 nanti rakyat akan menentukan segala-galanya 
 
Perdana Menteri telah mengumukan baru-baru ini bahawa kadar tarif elektrik akan dinaikan ini juga akan menimbulkan kemarahan rakyat kerana datang lagi satu beban yang ditanggung oleh rakyat yang berpendapatan rendah khususnya golongan miski.

Timbul lagi isu baru yang kini hangat tersiar di laman sosial (FB) mengenai tindakan kerajaan Malaysia menyewa Panda yang diimport dari negara China, kononnya rakyat tak perlu pergi keluar negara untuk melihat Panda  kerana kerajaan Malaysia telah berusaha menyewa Panda walaupun semahal mana bayaran sewaannya tetapi itu bukan persoalannya yang penting untuk memberikan alternatif dan kemudahan untuk rakyat soal pembaziran wang rakyat jangan diambil kira.





No comments:

Post a Comment