Friday 16 May 2014

KERAJAAN NEGERI SELANGOR AKAN TERUS BANTU SK TAMIL DALAM PELBAGAI ASPEK....JELAS DR HALIMAH



Written by Admin
Friday May 16.2014

OLEH: WAN SALMAH WAN DZULKIFLIE

SELANGOR:-  Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar Tamil beberapa hari lalu yang menuduh kerajaan negeri telah memberhentikan peruntukan untuk sekolah jenis kebangsaan Tamil itu tidak benar dan tidak ini  berasas sama sekali ini cuma satu fitnah oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja mahu memburuk-burukan kerajaan PAKATAN di Selangor.
Menurut Halimah, sejak diperkenalkan semenjak enam tahun lalu hingga kini, kerajaan negeri telah memberikan peruntukan setiap tahun kepada setiap sekolah  di negeri Selangor.
“Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM4 juta kepada sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah jenis kebangsaan Cina. Manakala RM6 juta  diberikan kepada sekolah agama rakyat,” katanya sewaktu  ditemubual  oleh Wartawan Free Sandakan Today disidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam hari ini.
Jelasnya, kenyataan yang dikemukakan dan dipaparkan oleh akhbar tersebut seolah-olah menuduh kerajaan negeri menyisihkan sekolah jenis kebangsaan Tamil.
“Kita (exco) sentiasa berebut-rebut untuk menjaga kebajikan sekolah, termasuk kebajikan sekolah Tamil, selain sentiasa berusaha untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat Selangor tanpa mengira latar belakang,” ujarnya.
Dalam pada masa yang sama, Halimah turut menyeru agar guru-guru di negeri Selangor bersama-sama membangunkan negeri  dalam usaha menjadikan Selangor sebagai negeri idaman,maju, sejahtera dan berkebajikan pada tahun 2025.

“Guru adalah watak utama dalam mencapai hasrat tersebut serta watak penting dalam menjadikan murid-murid sebagai modal insan. kerajaan negeri selangor sangat berterima kasih kepada guru-guru yang telah menyumbangkan bakti, dan selamat hari guru buat seluruh cikgu-cikgu,” katanya.

No comments:

Post a Comment