Tuesday 27 May 2014

IBU DYANA KELUAR DARIPADA PERKASA KERANA ANTI CINA DAN INDIA

By Admin

Tuesday May 27.2014
Yammy turut menafikan pernah menjadi Ketua Wanita Perkasa.
Dyana and Yammy 





 
KELUAR....Saya meninggalkan PERKASA kerana badan NGO ini terlalu racist anti bangsa Cina dan India 

TELUK INTAN:- Yammy Samat, ibu Dyana Sofya Mohd Daud calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, mengumumkan secara rasmi beliau tidak lagi bersama Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama anaknya di Bilik Gerakan DAP di sini hari ini. Turut hadir Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Yammy berkata beliau meninggalkan pertubuhan itu secara tidak rasmi sejak lebih setahun lepas apabila mendapati parti itu cenderung kepada politik.
“Perkasa tidak sepatutnya terlibat dalam politik. Sudah lama saya meninggalkan Perkasa,” katanya, dan turut menafikan pernah menjadi Ketua Wanita pertubuhan itu.
Ditanya bila Dyana Sofya mengetahui tentang keanggotaannya dalam Perkasa, Yammy berkata anaknya dimaklumkan berhubung keanggotaannya dalam pertubuhan itu baru-baru ini selepas isu itu ditimbulkan pihak media.
Semalam, Dyana Sofya mengakui Yammy adalah anggota pertubuhan itu.









 
JADI PERDANA MENTERI.....kalau saya ditakdirkan Jadi Perdana Menteri Malaysia bangsa pertama saya usir dari Malaysia ialah Cina dan kedua India ini nawaitu saya

Sebelum ini Dyana Sofya berkata beliau tidak mengetahui tentang keanggotaan ibunya dalam persatuan itu, walaupun beliau pernah terlibat membantu ibunya mengendalikan satu program anjuran pertubuhan itu.
Ramai  yang menyokong tindakan  Yammy keluar daripada PERKASA kerana Presiden PERKASA Ibrahim Ali terlalu racist  pertama paling gemar memaki hamun bangsa Cina dan India  terlalu benci dengan penganut Agama Kristian.
Di Sabah juga telah digembar gemburkan ramai akan meninggalkan PERKASA kerana mereka telah menyedari perjuangan PERKASA tidak mempunyai hala tuju yang sebenar yang mereka tahu membuat rusuhan di sana sini.
Jadi tidak hairan kenapa ramai orang Melayu  hendak keluar dari PERKASA kerana mereka sudah sedar PERKASA dijadikan boneka.

No comments:

Post a Comment