Monday, 4 November 2013

MPS ROBOH GERAI BDC PENIAGA HILANG PUNCA PENDAPAT.AN ...WONG



 Isnin November 04-2013

 Written by Admin


OLEH: AZMI AZMAN



SANDAKAN:- Pembongkaran Pasar BDC oleh pihak Unit Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) baru-baru ini ada beberapa factor  yang perlu diambil kira.

Pertama mungkin kawasan tersebut terlibat dengan projek pembangunan perumahan kedua ialah soal tahap kebersihan disekiling pasar tersebut termasuk longkang bau busuk.



Menurut keterangan oleh beberapa orang yang sempat ditemui antara lain menjelaskan  mereka memang telah diberi notis oleh pihak MPS ekoran dakwaan pihak Jabatan Kesihatan yang mengistiharkan bahawa pasar BDC terlalu kotor dan kalau dibiarkan begitu saja becam-macam wabak akan menyerang.



Kata sumber itu lagi  mereka (penjaja) sudahpun menerima surat notis daripada MPS pada 28 Oktober lalu sebagai tarikh berkuatkuasa untuk membersihkan pasar berkenaan sehingga 10 November ini tetapi dakwa para penjaja mereka amat kecewa kerana pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) enggan bekerjasama untuk membersihkan pasar tersebut.



Disebabkan para penjaja telah hilang  sumber mata pencarian harian untuk menyara kehidupan keluarga mereka ekoran tindakan pihak MPS meroboh gerai-gerai di tempat tersebut perkara ini telah menjadi isu besar di kalangan penjaja setempat.



Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong yang mengetahui perkara ini setelah dimaklumkan beliau dan rombongan bergegas  pergi  kepasar tersebut dan melihat semuanya habis ranap dan beliau amat simpati terhadap nasib para penjaja yang menjadi mangsa keadaan.



“Saya sebagai Ahli Parlimen Sandakan memohon kerjasama kepada kerajaan mahupun pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) agar dapat membantu untuk menempatkan semula khususnya di lain-lain kawasan yang sesuai untuk dijadikan tapak gerai pasar agar  mereka boleh  menjalakan perniagaan  semula seperti biasa di kawasan baru yang diuntukan oleh pihak yang berkenaan” Wong.



BINCANG.....Wong sedang mendengar penerangan daripada penjaja berkenaan







No comments:

Post a Comment