Monday, 4 November 2013

PEMBONGKARAN GERAI BDC KENAPA TUDUH DAP APA KUASANYA?




Monday...November 04-2013
 Written by Admin

OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Sebilangan besar ahli-ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sandakan agak kecewa terhadap pihak-pihak tertentu yang menuduh kononnya pengrobohan gerai-gerai BDC adalah angkara DAP yang menyuruh membongkar ini adalah tidak benar.

Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Sandakan Dayang Zubaidah Datu Tahil berkata kerja-kerja pembongkaran gerai-gerai di BDC tiada kena-mengena atau kait mengait dengan DAP apa kuasa DAP yang ada untuk berbuat demikian.

“Kalau nak tahu angkara sebenarnya kenapa pasar BDC di bongkar adalah berpunca daripada tindakan pihak Jabatan  Kesihatan di mana pegawai-pegawai mereka yang membuat tinjauan  dan mendapti kawasan sekeliling gerai tersebut terlalu kotor dan boleh membawa pelbagai wabak penyakit lantas pihak Kesihatan membuat laporan rasmi kepada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) supaya gerai-gerai tersebut harus diroboh segera” jelas Dayang kepada Free Sandakan Today.

Tambah Dayang lagi jangan membuat tuduhan liar kalau tiada bukti  jangan ngomong sembarangan apa kuasa DAP untuk menyuruh MPS meroboh gerai-gerai yang dimaksudkan itu.

“Kami amat simpati terhadap para penjaja yang terbabit kerana mereka sudah tiada tempat untuk mencari rezeki sebagai sumber pendapatan untuk menyara hidup anak isteri mereka.

Di mana lagi sekarang mereka nak berniaga sungguh kesian benar nasib mereka sedangkan mereka adalah pengundi tegar BN tetapi kini sudah mangsa keadaan tiada siapa lagi  yang hendak membantu mereka yang  telah ditimpa musibbah itu” jelas Dayang yang sedih melihat nasib mereka.


HABIS RANAP.....kerja siapa ini kerja MPS yang meroboh semua gerai di BCD kenapa tuduh DAP pula

No comments:

Post a Comment