ISNIN...NOVEMBER 04-2013
Undi
menyokong menjual 51% saham KPF adalah pengkhianatan, kata Presiden Anak,
Mazlan Aliman.
By Admin
PETALING JAYA: Tindakan ahli
Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) yang mengundi menyokong usul
cadangan penjualan 51% ekuiti milik KPF di dalam Felda Holdings Berhad kepada
Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) seumpama pengkhianat yang mahu
membunuh koperasi terbaik di Malaysia itu.
Demkian kata Presiden Persatuan
Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan dalam kenyataannya berkata, ini
kerana KPF telah dibina 30 tahun dan tiba-tiba kepentingannya hendak diserahkan
kepada FGVH.
“FGVH, syarikat yang hidup atas
ihsan peneroka, pajak tanah Felda Plantation, pinjam duit KWSP, rugi pelaburan
di luar negara dan sahamnya merudum rudum jatuh,” kata Mazlan dalam
kenyataannya.
KPF adalah pemegang saham utama
(ultimate shareholder) dalam syarikat Kumpulan FHB dengan kadar pemilikan
ekuiti seperti berikut:-
1. Felda
Holdings 112,200 (unit) 166,582 (juta pelaburan) 51% (ekuiti)
2. Felda Transport Services 14,700 6,770 49%
3. Felda Marketing Services 8,330 3,565 49%
4. Felda Engineering Services 4,900 2,450 49%
5. Felda Security Services 1,411 353 49%
6. Felda Vegetable Oil Products 25,000 34,500 33.3%
7. Felda Rubber Industries 12,000 6,000 28.6%
8. Felda Palm Industries 56,557 58,052 28.0%
9. Felda Agricultural Services 15,000 55,500 23.1%
10.Felda Prodata Systems 2,500 16,825 20.0%
11.Felda Kernel Products 4,000 3,000 16.7%
Jumlah 256,598 353,597
2. Felda Transport Services 14,700 6,770 49%
3. Felda Marketing Services 8,330 3,565 49%
4. Felda Engineering Services 4,900 2,450 49%
5. Felda Security Services 1,411 353 49%
6. Felda Vegetable Oil Products 25,000 34,500 33.3%
7. Felda Rubber Industries 12,000 6,000 28.6%
8. Felda Palm Industries 56,557 58,052 28.0%
9. Felda Agricultural Services 15,000 55,500 23.1%
10.Felda Prodata Systems 2,500 16,825 20.0%
11.Felda Kernel Products 4,000 3,000 16.7%
Jumlah 256,598 353,597
Ahli KPF 207,913 orang
Sehingga tahun 2010, KPF
mempunyai keahlian seramai 207,913 dengan modal syer anggota sebanyak RM1.46
bilion. 87.81% keahlian datangnya daripada anggota kumpulan peneroka.
Pelaburan dalam Syarikat
Kumpulan FHB adalah asas kepada penubuhan KPF. Perolehan dividen daripada
pelaburan tersebut adalah penyumbang utama kepada keseluruhan perolehan KPF,
membolehkan KPF mengekalkan prestasi bayaran dividen dan bonus yang baik
semenjak lebih 30 tahun penubuhannya.
Usul yang akan dikemukakan
ialah menjual keseluruhan 112,199,99 unit saham milik KPF di dalam FHB
bersamaan 51% modal berbayar dan diterbitkannya kepada FGVH pada nilai RM2.20
bilion ataupun RM19.61 sesaham.
“Saya telah mengulas hal ini
beberapa kali. Jika lulus, risikonya terlalu amat besar. Ingat, perolehan
tahunan daripada FHB adalah 15 bilion. Ia bakal menjadi milik FGVH,” kata
Mazlan dalam kenyataannya itu.
Menurut Mazlan, prestasi semasa
FGVH yang tidak stabil, kini ia mahu merampas ekuiti milik KPF pula dan
dicadang pula 10% daripada pemilikan KPF diguna untuk melanggan saham FGVH.
“Ini suatu pertaruhan yang saya
anggap hidup mati KPF. Bukan itu sahaja, kebun peneroka yang diurus oleh Felda
Techno Plant juga berada dalam kawalan FGVH.
“Apa-apa risiko yang melanda
FGVH, syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia ini, akan mengorbankan
sepenuhnya kehidupan 112,635 orang peneroka. 95% adalah orang Melayu!” kata
Mazlan....fmt
No comments:
Post a Comment