Sunday, 3 November 2013

PENGAMBILAN PENGAWAL KESELAMATAN ORANG ASING BANYAK RISIKONYA



Sunday...November 03-2013

Written by Admin


DARI MEJA PENGARANG
SHAIMON S JUMADI
 



PENGAMBILAN  pengawal Keselamatan (Security Guard)  yang paling baik dan sesuai mereka  adalah mantan Tentera dan Polis yang berpecen muda sebab mereka mempunyai pengalaman dan arif tentang  undang-undang 

Inilah sewajarnya yang perlu  dilakukan dan dipraktikan oleh syarikat-syarikat pengawal keselamatan yang  sedia ada di dalam negara ini dan bukannya  menawarkan khidmat kepada individu-individu yang tidak jelas identitinya  atau mempelawa semberono saja.

Tragedy yang menimpa dan berlaku di AM Bank sehingga sanggup membunuh seorang  pegawai wanita  bank berkenaan  yang ketika itu hendak memasukan wang tunai sejumlah RM450 ribu  kemudian dirompak oleh seorang pengawal yang ditugaskan di dalam bank berkenaan.

Dalam siasatan polis mendapati  suspek  memiliki Mykad yang beralamatkan di Tawau namun sebaliknya  tidak ujud  alamat  tersebut ini hanya direka-reka sahaja.

Selepas insiden yan menimpa Am Bank selang beberapa hari menyusul pula  satu lagi berlaku  rompakan  kedai emas ini juga membabitkan pengawal keselamatan  orang asing.

Dalam hal sebegini sepatutnya pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerap mengadakan pemeriksaan keatas syarikat-syarikat pengawal keselamatan   untuk mempastikan semua pengawal keselamatan  yang berkhidmat itu adalah benar-benar orang tempatan yang mempunyai mykad tulen  bukan kad pengenalan projek.

Semasa ditemuduga pegawai yang menemuduga  mereka  harus meneliti pendengaran percakapan dari segi dialeg terutama sekali sebutan satu-satu perkataan contohnya kalau seseorang itu dari Sabah kononya kalau menyebut gambar jadi gambal, pasar jadi pasal Semporna jadinya Sempulna ini jelas mereka adalah berasal dari negara Filipina  sendaianya mereka itu  berbangsa Suluk atau Bajau  memang dilahirkan di Sabah sudah semestinya pertuturan dan loghat mereka tidak pelat bila menyebut setiap perkataan.

Sama juga rakyat dari Indonesia  walaupun mereka mempunyai mykad kononnya dilahirkan di Tawau kalau menyebut ikan jadi ikang,  Sandakan jadi Sandakang sudah pastinya mereka ini bukan lahir di Sabah.

Satu lagi perkara yang perlu saya dedahkan kalau seseorang itu hendak menjadi pengawal keselamatan suruh mereka membaca ikrar Rukun Negara dan menyanyikan lagu Negaraku  kalau mereka ini memang fasih  dan boleh berbuat demikian sah memang mereka itu rakyat Malaysia.

Sebagai pendekatan ramai juga syarikat-syarikat keselamatan gemar mengambil orang-orang Nepal, Bangladesh, Myanmar dan India kenapa mereka suka menggunakan orang asing sebab mereka tidak dikenakan pemotongan gaji untuk caruman KWSP, Socso (PERKESO) dan Insurans  gajipun agak murah berbanding dengan pekerja tempatan.

 

Wajah sebenar yang membunuh pegawai Bank berkenaan






Ini wajah  pemilik Syarikat Keselamatan yang terlibat dengan kes pembunuhan pegawai bank berkenaan









No comments:

Post a Comment