Sunday, 3 November 2013

HAMISA DAN 14 ANGGOTA WANITA UMNO KALABAKAN TIDAK DIBENARKAN TANDING SEMULA ...GHAFUR



Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI


TAWAU:-Ekoran Kelalahan penyandang Ketua Wanita Bahagian Umno Kalabakan Datuk Hamisa Samat dalam  persidangan pemlihan  pada 12 Oktober lalu telah memohon kepada Umno pusat supaya 14 anggota Jawatankuasa Wanita Umno Bahagian itu, yang meletak jawatan bulan lepas, tidak dibenarkan bertanding pada pemilihan semula jawatan pada 30 Nov ini.
  
Ketuanya Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata ini bagi memastikan tidak ada anggota yang meletak jawatan semata-mata kerana tidak puas hati dengan proses pemilihan.
“Kita tidak mahu apabila mereka menang semula, tetapi tidak puas hati, mereka akan letak jawatan lagi sebagai tanda protes,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan dan perikanan kepada 100 anggota Pemuda dan Puteri Umno di sini hari.
Ghapur, yang juga anggota Parlimen Kalabakan, berkata ada cara yang betul untuk melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara dan bukan dengan meletak jawatan selepas diisytihar menang sesuatu jawatan.
Anggota Wanita bahagian itu meletak jawatan tiga hari selepas pemilihan sayap diadakan kerana tidak berpuas hati dengan proses pemilihan di bahagian itu mereka mendakwa ada unsur-unsur penipuan berlaku semasa pemilihan dijalankan.

No comments:

Post a Comment